Hishammuddin nafi Musa serah surat letak jawatan
KEMAMAN 13 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah menghantar surat peletakan jawatan.
Hishammuddin menyifatkan laporan yang memetik sumber itu sebagai pembohongan dan ia adalah sesuatu yang serius.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam untuk memanggil editor akhbar terbabit bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.
"Kalau ada sesuatu perubahan berkaitan (peletakan jawatan) saya akan tahu... keadaan hubungan saya dengan Ketua Polis Negara dan timbalannya amat baik sekali.
"Tidak mungkin mereka akan letak jawatan tanpa pengetahuan saya dan saya tahu itu (laporan akhbar) adalah satu pembohongan dan saya akan ambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman. – Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment