Musa Hassan nafi hantar surat peletakan jawatan

KUALA LUMPUR 13 Mac — Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan laporan yang menyatakan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan.

Sambil mempersoalkan sumber yang digunakan akhbar terbabit dalam menerbitkan laporan itu, Musa berkata, laporan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengemukakan surat peletakan jawatan seperti yang dilapor.

"Saya tidak pernah menghantar sebarang peletakan jawatan kepada sesiapapun termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Berita itu tidak benar dan saya menafikan sekeras-kerasnya,” katanya.

Musa berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sumber laporan terbabit.

"Saya terkejut bagaimana boleh tersiarnya berita seperti itu, seolah-olah ia telah dirancang oleh satu-satu pihak yang mungkin mempunyai kepentingan,” katanya. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.