Isnin Ni Bangun Awal! Rancangan Demo Diteruskan

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Perhimpunan membantah cadangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diteruskan Isnin ini walaupun Polis Kuala Lumpur memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang hendak menyertainya.
Penyelaras perhimpunan Dr Hatta Ramli berkata pihaknya berharap pihak berkuasa akan memberikan ruang kepada orang ramai melahirkan suara mereka.

“Perhimpunan yang kami hendak anjurkan tidak akan mengganggu pergerakan lalu lintas sesak dan sebagainya, bukannya kami hendak berarak.
“Kami akan berhimpun sepanjang jalan dengan menunjukkan sepanduk dan kain rentang supaya kerajaan, ahli-ahli Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong dan juga sesiapa yang melalui kawasan Parlimen memahami pandangan rakyat,” kata beliau ketika dihubungi.
Sambil menegaskan pihaknya menghormati tugas polis, Hatta yang juga Ahli Parlimen Kualai Krai dan Bendahari PAS berkata polis juga akan mengormati hak orang ramai untuk melahirkan suara mereka.

“Itu tugas polis (hendak memberi amaran jangan sertai perhimpunan) dan tugas kami mengadakan perhimpunan. Jadi saya berharap akan memahami dan membenarkan kami.
“Setakat ini, perhimpunan ini akan diteruskan dan dijangka disertai kira-kira 2,000 orang,” kata beliau.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman memberi amaran orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa izin di bangunan Parlimen yang akan bersidang Isnin.

Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-12 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Isnin ini.

Menurut Muhammad Sabtu, perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara.
Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

Panglima Perang Cyber said...

1. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, TIDAK akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

2. secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

3. Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang

4. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

5. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

6. GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.


harap anda berani siarkan jawapan saya di atas

Powered by Blogger.