Jangan percaya khabar angin harga minyak, barangan naik

KUALA LUMPUR 14 Mac – Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya kepada khabar angin mengenai kenaikan harga minyak serta barangan keperluan yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan mengenai kenaikan harga minyak atau barangan keperluan, orang ramai boleh menganggap ia sebagai spekulasi semata-mata.

"Mengenai harga minyak, setakat ini tidak dimaklumkan mengenai sebarang kenaikan. Bulan lepas pun orang kata minyak hendak naik harga, tapi belum naik. Bulan lepas juga, orang kata macam-macam barang akan naik harga, tapi masih tidak naik.

"Saya hendak beritahu kepada rakyat, selagi tidak ada pengumuman oleh kerajaan untuk sebarang kenaikan, ia hanya spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Bersama Pengguna Kawasan Puchong di Taman Puchong Indah dekat sini hari ini.

Beliau berkata, spekulasi sebegini kadang-kadang boleh menimbulkan situasi panik khususnya di kalangan pengguna, manakala ada pemborong dan peruncit pula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. – Bernama

lain macam jer bunyi...

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.