Katak Mengamuk Lagi Pagi ni
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa terperanjat dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak.
Dalam SMS yang dihantar hari, Ibrahim juga membidas Malaysiakini kerana menyiarkan laporan itu semalam.
“Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.
“Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran,” tulisnya.
Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.
“Saya bersumpah dengan nama Allahwallah hi wabilahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa, untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam yarikat judi Vincent Tan,” tulisnya lagi.
Beliau juga mencabar supaya semakan dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi membuktikan bahawa dakwaan MP Machang itu tidak benar.
Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pernah diwawancara secara eksklusif oleh Malaysiakini dan ditemubual oleh wartawan Salhan sendiri.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment