Kelantan Juga Perlu Pilihanraya PBT

Oleh: cilipadi007

"Firman Allah maksudnya :

KEBENARAN ITU DARI TUHANMU, OLEH ITU JANGANLAH SEKALI2 KAMU TERMASUK DI KALANGAN ORANG YG RAGU ( Surah al Baqarah ayat 147 )

Saya terkejut bila baca kenyataan Ketua Pemuda ( KP ) PAS Pusat tentang P/Raya PBT yg disyorkan Kerajaan PR P Pinang dan Selangor. Baca di sini Kenapa KP PAS menentang proses demokrasi yg cuba dipraktikkan oleh MB PR. Kalau setakat alasan SPR tidak telus dan berat sebelah kenapa PAS menjadi pelanggan utama dan sentiasa menyertai Pilihanraya yg dikendalikan oleh SPR?

Patutnya PAS yg terpaksa menurut acuan demokrasi memberi sokongan padu kepada idea Guan Eng dan TS Khalid. Inilah bukti PR tidak monopolis kuasa dan menyerah kepada rakyat untuk memilih ADUN, AP dan Ahli Majlis PBT.

Pemimpin PAS tak perlu takut hilang penguasaan ke atas PBT, jika amanah dilaksana dengan jujur ikhlas nescaya PAS tetap menjadi pilihan rakyat untuk menerajui PBT.

Cukuplah kita "diperintah" oleh Ahli Majlis PBT yg asyik sibuk bermesyuarat sepanjang masa. Banyak mesyuarat tapi hasilnya tak seberapa. Lawatan keluar negara juga semacam aktiviti wajib dalam kalendar tahunan Ahli Majlis PBT.

Kelantan hendaklah bersama P Pinang dan Selangor menuntut PM melaksanakan P/Raya PBT di negeri2 yg dikuasai PR. Buktikan kepada rakyat Malaysia PR tidak "gila kuasa" @ "agihan kuasa" bukan kerana "orang kita" tetapi "orang rakyat".

Buanglah sikap monopoli seperti sesetengah PBT yg melantik Ahli Majlis sejak tahun 1990 lagi. Berhenti sepenggal kerana syarat wajib kemudian lantik lagi individu yg tak mampu menjalankan tugas untuk rakyat.

P/Raya PBT akan menjadi medan untuk mencungkil bakat2 baru pemimpin yg diidam oleh rakyat. Hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan "menganugerah" jawatan Ahli Majlis PBT kepada pemimpin parti yg mempusakakan jawatan tersebut.

Pengundian PBT adalah medium untuk mencari Ahli Majlis yg berkualiti dan berkhidmat untuk rakyat. Tentunya ramai rakyat meluat dengan telatah Ahli Majlis dari kalangan Pemimpin PAS yg dilihat seperti " Little Napoleon" di PBT.

PR adalah alternatif rakyat untuk menggantikan UMNO dan semestinya kita menunjukkan contoh tauladan yg baik dan tidak meniru UMNO yg menyediakan ruang untuk "kumpul harta" dalam apa jua jawatan.

Serahkan kuasa memilih ditangan rakyat kerana rakyat adalah BOS dalam sistem demokrasi tulen dan Islam. Nasib rakyat wajib ditentukan oleh mereka jua, bukan sebahagian pemimpin yg dilantik dari pilihan parti.

Wallahua'lam dari cilipadi007 "

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.