Kes Anwar: Muhyiddin Kepanasan!


hati-hati muhyiddin, najib boleh pecat kalau hang lebih2 kahkahkahkah. dah la laman web kena gondam..
.


Pemecatan Anwar daripada Kabinet pada 1998 sah: Mahkamah

PUTRAJAYA: Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat ahli kabinetnya.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang masing-masingnya memutuskan bahawa Dr Mahathir mempunyai kuasa memecat ahli kabinetnya dan bertindak mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan itu. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.