Laporan Suruhanja DiRaja Menjadi Bukti Saya Dicederakan Ketua Polis Negara

Saya ditanya wartawan Malaysiakini sebentar tadi mengenai gambar yang diambil di penjara dan HKL yang menunjukkan saya berdiri dan berjalan.

Gerombolan upahan umno ternyata kehabisan modal. Isu pokok adalah bahawa kecederaan saya akibat dipukul oleh ketua polis negara dan pimpinan umno cuba menafikan itu seperti yang terjadi ke atas kes A. Kugan, Beng Hock dan lain-lain. Bukti MRI, dokumen rawatan dan pembedahan tulang belakang di Munich merupakan jawapan ampuh melawan fitnah murahan ini.

Sepanjang di mahkamah 1998-2004, saya juga tidak membawa masuk kerusi roda ke dalam mahkamah. Saya mampu berjalan perlahan dan berdiri. Namun sekarang, diulang siar foto dalam simpanan polis yang pernah ditunjukkan ketika kursus biro tata negara yang mempertikai tahap keuzuran saya sekaligus melindungi jenayah ketua polis negara.

ANWAR IBRAHIM

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.