Parti Kompenan Bn Perak Main Rebut Kerusi?

Usah bangkitkan isu agihan kerusi: Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menasihatkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri supaya melupakan soal pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau mahu semua parti komponen itu lebih sepakat dalam usaha membangunkakan negeri itu dan memberi perhatian penuh kepada kepentingan rakyat agar dapat mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN.

"Ini bukan masa yang sesuai bagi parti komponen membincangkan soal pengagihan kerusi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas meraikan anggota Majlis Tertinggi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Kebangsaan di kediamannya di sini hari ini. Zambry yang juga Pengerusi BN Perak, berkata demikian ketika mengulas pelantikan Pengerusi Gerakan Negeri Perak, Datuk Chang Ko Youn, sebagai Pengerusi BN Parlimen Taiping yang dilaporkan menjadi isu berikutan bantahan satu parti komponen BN.

Kerusi Parlimen Taiping yang sebelum ini ditandingi Gerakan telah dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) pada pilihan raya umum ke-11 tetapi kerusi itu jatuh ke tangan DAP pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"Sememangnya BN mempunyai persefahaman dalam pengagihan kerusi...tiada masalah akan timbul berdasarkan persefahaman itu," katanya.

Beliau berkata, semua parti komponen juga harus sedar bahawa keputusan pilihan raya umum lalu menyaksikan kekalahan BN di kerusi yang disandangnya itu atas pelbagai faktor.
Katanya, unsur sabotaj penyokong sendiri turut menjadi punca.

Beliau berkata, masalah calon yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik semasa menyandang kerusi turut memberi kesan negatif selain pemilihan calon tidak popular yang dibuat oleh parti komponen. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.