PPTN kesal penyebaran risalah, blog burukkan pegawai kanan Kerajaan Negeri, Persekutuan
KOTA BHARU - Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan (PPTN) melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas penyebaran risalah dan penulisan blog yang memburuk-burukkan pegawai kanan Kerajaan Negeri Kelantan dan Persekutuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyifatkan ia bermotifkan kepentingan individu oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.
Sehubungan itu, PPTN menzahirkan taat setia dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.
Presidennya, Shafie Ismail berkata, ia selari dengan peruntukan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang mana Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra adalah pemerintah yang sah pada masa kini.
“Oleh yang demikian PPTN dan seluruh ahli akan patuh dan menjunjung titah perintah Pemangku Raja Kelantan sahaja dan kami berasa bertuah berada di bawah pemerintahan baginda,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah PTN dekat sini, semalam.
Beliau berkata, PPTN juga berharap tidak ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan pada masa kini khususnya bagi menimbulkan suasana yang tidak harmoni di antara pihak Istana Kelantan, pemimpin kerajaan negeri dan pegawai kerajaan serta rakyat di negeri ini.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment