RAKYAT BOLEH SEWA RUMAH PPR TANPA BAYAR DEPOSIT

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari lepas telah membuat keputusan rakyat boleh menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR tanpa membayar deposit.

Sebelum ini deposit sehingga RM1050 perlu dibayar kepada mereka yang hendak menyewa rumah PPR. Deposit ini akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran.

Buat permulaan, skim ini adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang. Ianya berkuatkuasa serta merta.

Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124.

Selain dari itu, permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk membayar sewa RM124 boleh dibuat secara rentak. Sebelum ini penyewa akan memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa.

Buat masa ini terdapat 5436 unit rumah PPR di 4 kawasan dan sebanyak 1717 unit masih kosong. 4 kawasan PPR itu adalah di Serendah, Kota Damansara, Lembah Subang dan Kg. Baru Hicom.

Kerajaan Negeri berharap kelonggaran ini akan dapat memudahkan mereka yang memerlukan rumah kediaman mendapatkannya dengan segera. Ianya selari dengan hasrat “Kediaman Untuk Semua”.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat akan berusaha untuk membantu dan mengurangkan beban mereka.

Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menurunkan sewa PPR dari RM250 yang dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada bulan Jun 2007 kepada RM124 bagi mereka yang layak.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
28 Februari 2010

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.