Mat Sabu Dan Khalid Samad Gempur Putrajaya!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiXGODPNwDAARBNXArzMzc2Wd324Unwfy3Z2pHMbiuRxvpURIHoYZhXcVVzScZ5X86xyT7R7fZj67k35YAOtyOPB6yL2kEXLHvevRALU6utVDjntZ1bCzP52wujpnsJxDc7olGI7Def98/s320/280220102492.jpg

PUTRAJAYA; Meriah malam tadi majlis minum malam bersama Mat Sabu tak terkira sekali. Bertempat di Dewan serbaguna Presint 8, kehadiran adalah di luar jangkaan. Biasanya ceramah Mat Sabu di tempat lain dihadiri ramai pengunjung luar selain pengunjung tempatan. Uniknya malam tadi, di Putrajaya kehadiran Mat Sabu dihadiri ramai penduduk tempatan yang rata-rata adalah pegawai kerajaan termasuk ahli UMNO.

Jarang sekali warga Putrajaya hadir begitu ramai dalam program yang dianjurkan seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, juga isu-isu berkaitan dengan rasuah serta isu perkauman yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO/BN semata untuk kesinambungan politik mereka.

Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Mat Sabu dan YB Hj Khalid Samad Ahli Parliumen Shah Alam berjaya merungkai persoalan tersebut. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai.

Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 3 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.

Sebelum majlis ceramah dimulakan, orang ramai dijamu dengan jamuan meehun, mee goreng, laksa utara, pulut durian, pulut ikan masin yang jarang disediakan dalam program seumpama itu istimewa pula makanan ini ditaja oleh AJK kawasan sendiri.

Bagi menjayakan program jamuan, orang ramai menderma pula setiap kupon dengan sumbangan RM 10.00. Semua yang hadir dengan rela hati dan ikhlas masing-masing menyumbang pula untuk dana pas kawasan apaila kutipan derma diisytiharkan oleh pengerusi majlis. Majlis berakhir tepat jam 11.30

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.