Al Kisah Internet Di Malaysia!

Jom kita buat perbandingan

a) Harga streamyx 4 Mbps adalah RM 268(110 Singapore Dollar)

b)Harga Singtel 6 Mbps adalah SGD 46.90(RM113)

Silalah periksa harga tukaran wang asing ini di http://www.xe.com/

Bayangkanlah betapa jauhnya Malaysia ditinggalkan oleh Singapura dari segi harga dan kelajuan internet.Mengapa kita begitu ketinggalan sekarang sedangkan pada tahun 1999 kelajuan internet kita dengan Singapura sama sahaja...

Saya berani jamin,kalau internet di malaysia minimun di setiap rumah adalah 10 Mbps.Astro akan mengalami kemerosotan langganan yang begitu ketara. Banyak orang langgan Astro sebab nak tengok Epl ja sebenarnya....hehe

Janganlah kita ungkit-ungkit pulak kalau saya dah bandingkan macam ni,kata minyak negara kita murah,gula negara kita murah,dan lain-lain.Kita harus terima,kerajaan Malaysia harus berbuat sesuatu biar negara Malaysia yang tercinta ini tidak terus ketinggalan.

Jangan lupa.Kemasukkan pelabur asing banyak dipengaruhi oleh kelajuan internet juga!!

Pelabur risau, internet M'sia lembab

http://afe87.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

sam1430 said...

Bukan masaalah perbandingan harga sahaja,tetapi mutu perkhidmatan TMNet juga mengecewakan.Contohnya saya sendiri baru dapat mengakses Internet hari ini setelah 4 hari tidak dapat on-line.Ini bukan kali pertama berlaku,sebelum ini kerap juga berlaku tetapi tidak pernah memakan masa yg lama seperti sekarang. Cuba bayangkan sekiranya saya ada perniagaan yg berasaskan Internet,agak2 berapalah kerugian yg terpaksa saya tanggung?Bagi saya sepatutnya penyediaan perkhidmatan ini perlu dibuka kepada banyak lagi syarikat2 yg berkeupayaan menyediakan perkhidmatan ini untuk turut serta,kerana Internet pd masa ini adalah suatu keperluan.Jadi apabila wujud persaingan,maka kualiti perkhidmatan akan meningkat.Dan yg mendapat manfaat adalah pengguna.

Powered by Blogger.