Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin kukuh: Karpal

KUALA LUMPUR 2 Mac - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata rakyat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dan terus kukuh susulan daripada tindakan dua Ahli Parlimen KeaDilan meningggalkan perjuangan parti.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata daripada pengamatan beliau di Pulau Pinang rakyat bersimpati dengan tekanan yang diberikan oleh Umno dan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dan telah menaikkan semangat mereka untuk menyokong gagasan pro-rakyat itu.

“Rakyat tidak marah kepada Pakatan Rakyat tetapi benci dan meluat kepada bekas pemimpin yang sanggup menjual maruah dan integriti mereka kepada Umno dan BN.
“Rakyat melihat mereka ini tidak sanggup berdepan dengan sedikit kesusahan demi perjuangan untuk rakyat tetapi rela menyerahkan prinsip mereka kepada Umno dan BN semata-mata memenuhi kepentingan dan agenda peribadi,” kata ahli politik veteran itu.
Beliau berpendapat adalah baik untuk Pakatan Rakyat kedua Ahli Parlimen tersebut, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng keluar daripada Pakatan Rakyat pada peringkat awal supaya kepimpinan boleh memilih calon yang lebih telus, komited dan berwibawa.

“Mereka adalah pemimpin yang lemah dan mereka boleh pergi. memang kita akui pada pilihan raya umum 2008 ramai yang menyertai Pakatan Rakyat dan menyatakan sokongan tetapi hati mereka tidak ikhlas dan mempunyai agenda tersendiri untuk merosakkan parti daripada dalam.

“Saya fikir bagus mereka meninggalkan parti atas kerelaan sendiri atau menghadapi kemungkinan dipecat dari parti. Apa pun tindakan terhadap mereka ia akan memberikan kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang,” tegas beliau.
Semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan beliau keluar KeAdilan dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sementara bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mengambil langkah yang sama untuk menyertai Umno.

Sebelum itu Ahli Parlimen Bayan Baru mendahului tindakan mereka untuk menjadi anggota Parlimen bebas pada 12 Februari lalu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.