Anwar kekal Ketua Pembangkang: DAP
KUALA LUMPUR, 2 Mac — Bekas ketua pembangkang dan anggota veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun bilangan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkurangan daripada DAP.
“Bagi DAP, Anwar adalah sebagai pemimpin pembangkang di Parlimen walaupun jumlah Anggota Parlimen PKR kurang daripada 28 Anggota Parlimen DAP,” katanya dalam blog dan Twitter beliau.
Lim berkata beliau ditanya oleh media melalui laman web Twitter oleh Anwar bahawa beliau tidak mempunyai masalah jika Lim mahu mengambil alih daripada beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
“Semua pengikut yang berminat dengan keadaan politik Malaysia melihat apa yang berlaku dalam PKR memerlukan proses pembersihan diri sejak sekian lama yang walaupun menyakitkan dan menyeksakan, kerana ia perlu bagi mengekalkan keyakinan orang ramai berhubung kredibiliti dan kebolehhidupan PKR dan pakatan pembangkang,” katanya.
Isu jawatan yang dipegang Anwar timbul selepas bilangan Anggota Parlimen PKR menurun kepada 29 berikutan keputusan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar parti itu untuk menjadi Anggota Parlimen bebas.
Dengan perkembangan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 138 Anggota Parlimen, PKR 29, DAP 28, PAS 23 dan Bebas empat.
Mengenai sama ada DAP menyokong Anwar yang sedang berdepan perbicaraan liwat kali kedua, Lim berkata persoalan itu tidak berbangkit.
“Respons saya ialah bahawa persoalan sama ada DAP menyokong Anwar tidak berbangkit kerana kami menyokong penuh kepimpinannya dalam pakatan pembangkang sebagai pemimpin pembangkang di Parlimen dan sebagai bakal perdana menteri dalam rancangan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dari Umno dan Barisan
Nasional dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. - BERNAMA
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment