Sultan Kelantan pulang Khamis, kerajaan negeri enggan komen
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 2 Mac — Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra mengesahkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra berangkat pulang ke tanah air Khamis ini selepas menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, Mei lalu.
“Menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia ayahanda Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, adalah dengan ini saya Tengku Muhammad Fakhry mengisytiharkan Tuanku Sultan telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan fisioterapi susulan.
“Sehubungan itu Tuanku Sultan telah berkenan untuk berangkat pulang ke istana mahkota, Kubang Kerian 4 Mac ini.
“Tuanku Sultan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
“Menteri-menteri Kabinet, kerajaan persekutuan dan negeri serta pasukan doktor yang melakukan rawatan termasuk kerabat diraja, rakyat jelata dan semua pihak yang tidak pernah jemu-jemu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda,” katanya.
Tengku Muhammad Fakhry (gambar)memaklumkan perkara itu kepada pemberita pada sidang media di kediamannya di Kubang Kerian hari ini.
Tengku Muhammad Fakhry yang kelihatan agak sibuk menolak keterujaan beberapa pemberita yang sudah pun bersedia untuk mengemukakan soalan selepas sidang media tersebut.
Namun dengan ringkas Tengku Muhammad Fakhry sempat berkata, “kita mengalu-alukan sambutan rakyat di lapangan terbang nanti”.
Sultan Ismail Petra yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 14 Mei lalu.
Baginda kemudiannya ke Singapura untuk menerima rawatan susulan sejak 24 Mei.
Awal Januari lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan berdasarkan laporan enam panel perubatan yang dilantik kerajaan negeri, keadaan Sultan Ismail Petra adalah stabil untuk dibawa pulang bagi tujuan rawatan lanjut.
Laporan panel bertarikh 24 Dis lalu itu mengesyorkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital paling sesuai kerana ia mempunyai tenaga pakar, ahli-ahli terapi dan peralatan yang mencukupi.
Menurut laporan, Tengku Muhammad Fakhry juga telah memaklumkan keberangkatan pulang baginda kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun beberapa pegawai kerajaan yang dihubungi enggan mengulas lanjut perkembangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan walaupun perkara itu dikatakan telah dimaklumkan kepada pihak kerajaan, namun ia hanya atas sifat peribadi Tengku Muhammad Fakhry.
Sambil merujuk kembali kenyataan-kenyataan lepas tentang dakwaan konflik istana Kelantan sebagaimana dilaporkan media akhir tahun lalu sumber tersebut juga enggan mengulas lanjut perkara itu.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment