Tengku Muhammad Faris kekal Pemangku Raja Kelantan

KOTA BAHARU 25 Mac - Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta-merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.