Akibat Terdesak! KDN Serbu Kilang Salah

Sekumpulan pegawai bergegas ke sebuah kilang pencetak di Shah Alam untuk mencari edisi terbaru Suara Keadilan selepas KDN tidak memperbaharui permit penerbitannya yang tamat hujung bulan lalu.

Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) bergegas ke sebuah kilang pencetak di Shah Alam hari ini untuk mencari edisi terbaru Suara Keadilan selepas KDN tidak memperbaharui permit penerbitannya yang tamat hujung bulan lalu.

azlanSyarikat percetakan tersebut, Angkatan Edaran Sdn Bhd dikunjungi empat pegawai KDN Selangor pagi ini yang memeriksa dua premis percetakannya bagi tujuan berkenaan.

Penolong pengurus syarikat terbabit Hussin Jan berkata, seorang pegawai yang mengetuai operasi tersebut pada mulanya menyoal beliau sama ada syarikat itu ada mencetak keluaran terbaru lidah rasmi PKR itu.

"Saya kata kepada beliau, kami tak cetak. Kalau tak percaya, saya suruh dia periksa sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, kumpulan pegawai itu menghabiskan masa kira-kira selama 20 minit untuk memerika premis kilang tersebut yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam.

Mereka kemudiannya memeriksa sebuah lagi premis percetakan milik anak syarikat Angkatan Edaran di sebuah lokasi berdekatan.

Pegawai berkenaan beredar selepas kira-kira 15 minit kemudian apabila gagal menemui nashkah Suara Keadilan di premis berkenaan.

"Mereka cuma periksa sahaja. Mereka tidak ada ambil apa-apa," katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.