Ali Mungkin di Tahan di bawah ISA - Hishammuddin

Kuala Berang, Hulu Terengganu - Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang telah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA- Internal Security Act) menghadapi risiko ditahan sekali lagi berikutan rencana yang diterbitkan oleh Suara Perkasa.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran, Ibrahim boleh ditahan di bawah ISA sekiranya kenyataannya menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Tidak terkecuali, samada Ibrahim Ali, Hishammuddin atau Lim Kit Siang, semuanya tidak kebal terhadap undang-undang dan dikenakan tindakan hukuman jika ada usaha menggugat kestabilan negara ini."kata Hishamudin selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu Terengganu, disini semalam

Menurutnya, pihak pembangkang mendakwa kerajaan membuat hulkuman terpilih dalam menghukum sesiapa yang menggugat keselamatan negara.

Tetapi, belaiu mendakwa, tindakan pihaknya adalah bertujuan untuk memastikan bahawa negara ini progresif dan selamat.

Ibrahim dan Perkasa, telah dikritik atas rencana yang diterbitkan oleh Suara Perkasa yang dipercayai 'menghasut' pihak tertentu dalam edisi pertama mingguan Suara Kuasa minggu lalu.

Dalam sebuah artikel, Perkasa telah mencaci Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong dalam mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik biasiswa pelajar luar negara tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang juga bermaksud menarik balik biasiswa Mara.

Ibrahim juga menyeru supaya Dr Wee ditahan di bawah ISA kerana dipercayai mempersoalkan hak-hak orang Melayu.

Ekoran penerbitan tersebut, pihak Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri melawat pejabat yang mengendalikan penerbitan Suara Perkasa di Setapak dan menyoal editornya.

Hishammuddin berkata pihaknya tidak berpuas hati atas penjelasan yang diberikan oleh Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad.BO

No comments

Powered by Blogger.