Alkisahnya FELDA - Preamble

Akhir-akhir ini kita dipaparkan dengan usaha setengah pihak untuk menjadikan isu Felda yang dikatakan bangkrap oleh Suara Keadilan, akhbar resmi PKR

Pihak itu sedang berusaha untuk menyaman pihak Suara Keadilan kerana telah dikatakan menerbitkan berita yang berunsur fitnah terhadap agensi terbesar kerajaan itu.

Jumlah saman yang dihadapi oleh Suara Keadilan itu ialah sebanyak RM200 juta dan itu merupakan saman yang agak besar.

Saya tidak mahu terlibat dengan isu saman menyaman ini tetapi saya lebih berminat untuk menulis bagi melihat dari segi pengendalian peneroka dilakukan dengan adil dan samada FELDA melakukan perkara yang betul berlandaskan kepada asas penubuhan badan ini sejak 50 tahun dahulu.

FELDA yang telah ditubuhkan pada akhir tahun lima puluhan dahulu adalah salah satu usaha kerajaan untuk menusun semula masyarakat dengan membantu orang-orang melayu yang tidak bertanah untuk memilikki tanah.

Apabila kita mencapai kemerdekaan orang-orang Melayu begitu dhaif kerana dibelenggu kemiskinan dan dengan memberikan 10 ekar tanah kebun getah atau kelapa sawit beserta dengan suku ekar tanah dengan sebiji rumah kecil untuk keluarga peneroka-peneroka membina penhidupan baru agar mereka menjadi rakyat yang berkemampuan untuk hidup bersaing dengan rakyat yang lebih bernasib baik.

Sejak ianya tertubuh maka FELDA telah memindahkan lebih dari 300,00 peneroka dengan keluarga masing-masing kepenempatan baru mereka dan meninggalkan kampong tradisi asal mereka.

Mereka berpindah kepenempatan dan penghidupan yang baru dengan satu hasrat; iaitu untuk meningkatkan taraf hidup mereka dari orang yang di belenggu kemiskinan kepada orang yang mempunyai harta dan menikmati penghidupan yang lebih baik.

Usaha membangunkan tanah-tanah oleh FELDA untuk peneroka-peneroka ini merupakan satu projek yang sangat intim kepada Allahyarham Tun A Razak yang sentiasa memikirkan kebajikkan rakyat yang dipimpin beliau dengan penuh bertanggungjawab.

Sekarang FELDA merupakan satu organisasi yang sangat besar dengan kekayaan yang begitu menyerlah dan FELDA telah berjaya mengumumkan keuntungan yang berbillion jumlahnya.

Perlu diingat FELDA ditubuhkan untuk kepentingan peneroka bukannya untuk menjadikan badan FELDA itu sebagai gergasi dan hanya memberi nikmat kepada kakitangan badan itu semata-mata.

Pada tahun 2008 FELDA telah dikatakan mempunyai rezab tunai sebanyak RM4.08 billion dan ini merupakan kejayaan besar agensi ini.

Semua nya itu merupakan kejayaan agensinya, tetapi yang menjadi persoalannya ialah adakah peneroka-peneroka mendapat kejayaan yang setimpal dengan kejayaan FELDA?

Pihak mana sebenarnya yang berjaya? Adakah FELDA atau peneroka-penerokanya?
Hasrat penubuhan FELDA ialah untuk menjadikan peneroka sebagai masyarakat yang berada dan kaya raya dan bukannya untuk menjadikan FELDA sebagai gergasi.

Kajayaan yang dicapai oleh peneroka itu pada pandangan saya tidak setimpal dengan kejayaan FELDA yang telah meraih keuntungan yang begitu besar diatas penat lelah dan jerih perit para peneroka selama ini.

Banyak ketidak adilan dilakukan keatas peneroka tetapi semuanya itu terlindung oleh kerana pada mata kasar orang ramai FELDA telah menempa kejayaan yang begitu besar. Ibu pejabatnya tersegam indah, pegawai-pegawainya hebat-hebat berkereta besar,pengurus-pengurusnya saling tidak tumpah menerupai ahli korporat besar dengan ceut yang panjang-panjang dan berbagai rupa kenikmatan yang sangat besar.

Kalau kita kaji dengan terperinci banyak perkara-perkara yang sangat mencurigakan didalam FELDA dan jika perkara yang dicurigakan itu benar-benar berlaku maka ianya sudah pasti diatas kerugian dari pihak peneroka-peneroka yang telah membanting tulang empat kerat mereka.

Banyak rungutan yang didengar dan mereka tidak berpuas hati kerana kekayaan yang berbilion yang diraih oleh FELDA itu adalah dari penat lelah peneroka-peneroka.

Mereka tahu FELDA pernah mengumpulkan dana sehingga melebihi RM4 billion tetapi dana tersebut telah susut ketahap yang membimbangkan dan tidak siapa yang tahu kemana perginya jumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.

Beberapa orang diantara ahli jawatankuasa Gabungan Wawasan Generasi FELDA telah menemui saya untuk meluahkan apa yang mereka anggap sebagai penginayaan keatas mereka dalam menguruskan peneroka.

Banayk kerugian yang dialami oleh peneroka kerana FELDA lebih mementingkan kekayaan badan itu sendiri dengan mengorbankan beberapa hak asasi mereka.

Jika saya menjadi peneroka atau pun generasi kedua peneroka saya akan persoalkan kemana hilangnya sebahagian besar dari wang RM4.08 billion itu serta wang CESS yang dipotong dari hasil jualan mereka yang jumlahnya melebihi RM5 billion itu.

Sebagai pemegang amanah kepada peneroka FELDA dan pengurusan serta Ahli Lembaga Pengarahnya mesti tampil untuk memberikan jawapannya.

Kita baru sahaja berhadapan dengan kerugian yang melebihi RM2 billion yang dialami oleh Sime Darby Bhd.

Dimana-mana kita dengar penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak-pihak yang diamanahkan rakyat tidak melaksanakan amanah dengan jujur dan telus.

Disana kita dengar rasuah, disini kita dengar penyalahgunaan kuasa disana rugi dan disini rugi. Tidak ada berita yang menyedapkan telinga rakyat yang sudah sedia mendengar banyak lagi masalah yang lalu yang belum diselesaikan.

Dalam kes dan isu FELDA ini, kita akan nampak bagaimana peneroka seolah-olah dipersendakan oleh pihak yang sepatutnya menjadi pemegang amanah kepada mereka.

Saya cuba menulis tentang cerita ini dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku dalam FELDA dalam posting-posting yang akan datang.

Posting kali ini hanyalah merupakan ‘preamble’ kepada isu-isu yang sangat besar yang dihadapi oleh FELDA dan peneroka-penerokanya.

Kita hanya berharap yang tindakkan mahkamah keatas Suara Keadilan itu bukanlah usaha untuk menutupi segala kerja yang tidak adil keatas peneroka kita.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

1 comment

Mohar Yahya said...

Salam tuan kerabu, sudi kiranya letak link teman di blog tuan kerabu yang best ni...tq tuan.

Powered by Blogger.