Awang Judi Bercakap Soal Perpaduan Beb!
NGO Melayu perlu beri pendirian kerjasama PAS-Umno, kata Awang
BACHOK, 25 Julai — Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu perlu tampil melahirkan pendirian masing-masing sama ada menyokong atau sebaliknya cadangan supaya Umno dan PAS duduk semeja bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata ini termasuk golongan ulama, profesional, persatuan, pihak universiti dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata mereka boleh melahirkan pendirian itu menerusi forum dan resolusi serta konvensyen untuk diserahkan kepada kedua-dua pemimpin parti berkenaan untuk dipertimbangkan.
Sehingga hari ini hanya segelintir sahaja yang berani tampil untuk membuat pendirian tetapi ia jauh daripada mencukupi, kata Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan.
“Soal perpaduan Melayu dan masa depannya tidak boleh diserahkan kepada pemimpin kedua-dua parti politik itu (sahaja),” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan veteran Umno di sini, hari ini. — Bernama

No comments
Post a Comment