Cilakak! Noh Omar guna samseng, Polis buat-buat bodoh!

Samseng-samseng Umno Pandan telah memecah masuk Dewan Orang Ramai di Taman Angsana Hilir agar seorang Menteri Umno, Noh Omar, dapat berceramah.

Dewan Orang Ramai tersebut adalah di bawah jagaan ahli majlis MPAJ, Nik Mohd. Zain Nik Mohd., yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Pandan.

Kunci dewan tersebut telah dipecahkan agar Noh dan beberapa pimpinan Umno lain dapat berceramah pada malam 15 Julai lepas. Noh adalah Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor. Turut berceramah adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz yang telah melompat ke Umno.

Sehubungan itu, Nik Zain telah membuat satu laporan Polis tetapi Polis memberitahu beliau bahawa beliau perlu mendapatkan seorang majistret untuk menghalang ceramah Umno tersebut. Ini dengan jelas menunjukkan sikap tidak konsisten pihak Polis yang pernah menggunakan SB atau anggota berpangkat rendah untuk memberhentikan ceramah PAS atau PKR. Mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita majistret digunakan untuk memberhentikan ceramah politik.

Saya bimbang kalau kita memberitahu Polis kerana ada perompak menceroboh ke dalam rumah kita, Polis akan meminta kita mencari majistret untuk menghalang perompak tersebut. Maka dalam kita tercari-cari seorang majistret, perompak tersebut telah lepas lari.

Pengajaran kepada kita semua dari peristiwa ini ada banyak. Di antaranya, pertama jika diberikan amanah, jagalah amanah itu dengan baik. Kalau ada kuasa, gunakan kuasa itu. Jangan pula mengharapkan orang lain.

Kedua apabila PAS atau PKR berhadapan dengan Umno, Polis akan menyebelahi Umno. Jangan kita merasa selesa. Peperangan belum lagi tamat.

Ketiga Umno memang samseng. Tidak ada kompromi dengan Umno. Kita tidak ada pilihan. Lanyak atau akan dilanyak. Hentam atau akan dihentam. Pukul atau akan dipukul.

Direct Free Kick

No comments

Powered by Blogger.