Diminta jumpa pemimpin Umno.....

Selepas sidang DUN Selangor baru-baru ini, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah mendesak saya berjumpa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein untuk membincangkan masalah keselamatan. Ini bukan kali pertama beliau telah mendesak saya berjumpa dengan Menteri tersebut. Pada sidang DUN sebelum itu, beliau juga telah mendesak saya. ADUN itu begitu bimbang dengan keadaan keselamatan kawasan beliau di mana penduduk telah mewujudkan komuniti berpagar atau "guarded community" tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Tetapi saya agak keberatan untuk bertemu dengan Menteri itu kerana beliau dari Umno.

Walaupun ianya pertemuan resmi tetapi ramai orang PAS "in a state of paranoia" sehingga sebarang pertemuan dengan orang Umno akan dituduh hendak menubuhkan Kerajaan Perpaduan atau UG.

Saya tahu ramai yang akan berkata ini isu remeh temeh dan Presiden telah menyatakan PAS tidak akan menyertai sebarang UG tetapi terdapat orang-orang PAS yang begitu "insecure" atau senang merasa terancam sehingga tidak mahu bayang orang PAS bertindih dengan bayang orang Umno. Sebarang pertemuan akan dipolitikkan dan saya tidak perlu kekusutan seperti ini untuk meneruskan usaha-usaha saya membantu rakyat Selangor. Kadang-kala ada di antara kita yang memerlukan publisiti untuk terus relevan dan tidak ada isu yang amat disukai oleh media selain dari isu UG. Mungkin ada di antara kita yang berkempen lebih awal untuk pemilihan tahun hadapan.

PAS sudah cukup kuat dan tidak memerlukan Umno sebagai tongkat. Umno yang memerlukan tongkat. UG adalah tongkat Umno. Membangkitkan isu UG kepada media amat membantu Umno yang sudah hampir ajalnya.

Jadi bagaimana dengan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri? Lebih baik tidak kerana mungkin ramai yang sedang mengasah pisau. Mungkin ada yang akan berkata saya telah mengkhianati perjuangan Islam jika bertemu. Seolah-olah mereka saja yang Islam.

Tetapi saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan tentang isu "gated community" ini. Dia dari MCA jadi tidak ada isu yang akan dicetuskan. Mungkin saya akan membawa bersama ADUN DAP dan PKR. Ini juga tidak akan menimbulkan masalah kerana orang-orang DAP tidak akan melenting jika pemimpin DAP berjumpa dengan pemimpin MCA. Mereka memang bertemu. Malah di sidang DUN yang lepas, Speaker Teng Chang Khim dari DAP mengalu-alukan kehadiran rombongan Pemuda MCA. Bayangkan apa akan terjadi jika pemimpin PAS seperti Dato Hasan Ali mengalu-alukan rombongan Pemuda Umno, lu sendiri fikir lah!

http://iskandar56100.blogspot.com/2010/07/diminta-jumpa-pemimpin-umno.html

1 comment

ZAMAN said...

salam..
apa yang baik.....ialah menggunakan akal fikiran yang waras untuk memahami sesuatu berita....peristiwa atau isu.

kadang-kadang musuh sengaja jolok sarang tebuan. Apatah lagi musuh tu ada 'ilmu kebal'..

Komen saya disini ialah..berhati-hati dengan musuh...siasat dulu jgn terima bulat2

Powered by Blogger.