FDI: Malaysia gagal bersaing di Asean julung kali, kata DAP

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Kurang keyakinan terhadap ekonomi negara menyebabkan Malaysia, buat kali pertama ketinggalan di belakang beberapa negara utama rantau Asean dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Malaysia kini hanya mampu bersaing dengan negara-negara Indochina.

Laporan Pelaburan Asing Sedunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan PBB menunjukkan Malaysia ketinggalan di belakang Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura tahun lalu, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini. “Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia menarik FDI rendah berbanding Filipina," kata Pua.

Filipina menarik AS$1.95 bilion (RM6.24 bilion) FDI berbanding Malaysia AS$1.38 bilion manakala Singapura mencatatkan kadar tertinggi AS$16 bilion.

“Di antara negara-negara Asean, kita hanya menarik lebih tinggi FDI berbanding Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste,” tambah Pua.MI

No comments

Powered by Blogger.