Habis manis sepah dibuang


Mingguan Malaysia 18 Julai 2010)


Sejak akhir-akhir ini laman blog saya terus mendapat hits yang tinggi dari dalam dan luar negara. Setiap minggu, komen-komen yang diberikan sehingga melebihi 200. Ada yang tidak faham bahasa Melayupun, cuba untuk memahaminya, supaya mereka turut dapat memberikan komen dan maklum balas. Saya ucapkan terima kasih. Seperti biasa, kumpulan ultra kiasu terus menerus menyerang untuk melemahkan semangat saya agar berhenti menulis.

Paling menarik perhatian adalah pandangan yang mahukan saya menjadi jambatan, penghubung antara orang Cina dengan Islam. Bukannya merosakkan hubungan tersebut, dengan tulisan-tulisan saya didakwa merosakkan imej Islam dan dakwah, sehingga Islam dipandang rendah oleh rakan sebangsa.

Agak malang juga mereka yang memberi komen. Hanya melihat saya sebagainya seorang ‘muallaf’ semata-mata, bukan kepakaran bidang yang saya miliki iaitu politik dan kerajaan. Saya sarankan mereka yang ingin membaca pandangan saya sebagai ‘muallaf’ dan dakwah, supaya membeli dan membaca majalah al-Islam setiap bulan. Di situ pembaca akan melihat bagaimana saya bertindak sebagai jambatan (bridge) antara Islam-bukan Islam.

Tetapi tidak dalam kolum Mingguan Malaysia. Kolum ini lebih menonjolkan kepakaran silang budaya politik dan peradaban yang saya miliki dan kaji selama ini. Justeru, kita perlu bezakan antara individu ‘muallaf’ dengan bidang kepakaran, adalah dua perkara yang berbeza. Bidang kepakaran adalah tempat untuk mengasah bakat dan ilmu yang telah ditimba sebelum ini, seperti mana kita menulis jurnal akademik, perlu berasaskan kajian dan fakta.

Bila saya menyentuh dan menyindir serba sedikit bangsa saya, itu bukan bermakna saya menghina dan merendah-rendah mereka, seolah-olah lupa asal-usul. Saya sedar siapa saya dan saya bangga dengan kurniaan itu. Sememangnya saya tidak boleh menjadi Melayu. Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – ‘kerajaan’ Melayu Melaka ribuan tahun dahulu.

Inilah perkara yang saya selalu hujahkan. Berbeza dengan penjajah Inggeris, di mana ada kesempatan, di situlah mereka menjajah dan mencari peluang, berpegang kepada prinsip 3G, Gospel, Gold and Glory.

Bangsa saya tidak sedemikian sifatnya. Saya tidak mahu bangsa saya meniru kebongkakan penjajah. Biarlah kita mengikut resmi padi, makin berisi, makin merunduk. Hubungan harmonis zaman dahulu kala mesti kekalkan tanpa mengguris hati dan perasaan orang lain. Tidak ada pergaduhan dan penjajahan, yang ada hanya interaksi perdagangan sehingga berlaku asimilasi, akulturasi, akomodasi dan integrasi. Melalui proses ini, hubungan dan kefahaman mereka menjadi semakin mantap antara satu sama lain. Lihatlah perwatakan Baba Nyonya, berbeza sekali dengan ultra kiasu.

Inilah perkara yang mesti diwujudkan kembali, bukan menghidupkan kembali prinsip 3G penjajah yang bongkak itu. Saya tidak kata, 3G itu salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang kita mahu di bumi bertuah ini. Agama (gospel) telahpun kita dapat dan bebas diamalkan tanpa gangguan, hatta bilangan rumah penyembahannya melebihi berkali ganda daripada rumah ibadat Islam. Pun begitu masih tidak bersyukur lagi sehingga ada yang cuba berdakwah dan memurtadkan umat Islam yang ternyata bercanggah dengan perlembagaan. Perkara inilah yang menimbulkan sensitiviti umat Islam.

Begitu juga dengan kekayaan (gold). Walaupun, tidak semua yang kaya, hakikatnya bukan Islam menguasai lebih banyak melebihi dari umat Islam. Maka, sudah sampai masanya kita membantu mereka yang masih belum berjaya, bukannya membawa kekayaan itu ke seberang laut. Ketika susah dahulu, orang menolong kita, sudah sampai masanya kini kita membalas balik jasanya itu.

Kekayaan yang dimiliki ini bukan hanya dapat dilihat pada wang ringgit, tetapi kekayaan warisan pusaka nenek moyang terus dikekalkan seadanya tanpa diganggu-gugat. Masihkah kita tidak berpuas hati? Apakah belum mencukupi? Tidakkah kita perlu berpada-pada? Supaya ada umat Islam tidak terasa didominasi kerana mereka mengambil pendekatan tidak mendominasi.

Hal yang sama juga kita dapat lihat kepada kemegahan (glory). Hari ini, ke manapun bangsa saya pergi, mereka terus berjaya kerana mereka begitu kuat berusaha. Saya amat memuji sifat ini. Inilah sifat Islam yang sepatutnya ada pada umat Islam. Tetapi jangan sampai kelihatan seperti Belanda minta tanah? Tidak pernah merasa cukup. Itu yang menjadikan orang lain terasa hati, seolah-olah dipinggirkan di bumi sendiri.

Perkara yang selalu saya bangkitkan untuk diperhatikan dan dipertimbangkan bersama. Keadaan yang ada di negara kita tidak pernah berlaku di tempat lain. Bukankah ini syurga kepada kita? Buatlah kajian dan perbandingan untung nasib kita dengan negara lain. Kenapa setiap kali perlu dipertikaikan? Kita tidak pernah puas. Jangan bertindak seperti Yahudi di Palestin. Disebabkan hak-hak umat Islam yang telah tergadai dan dinodai di bumi sendiri, kita lihat pertikaian Palestin-Yahudi tidak ada penghujungnya sehinggalah hak umat Islam dipulangkan di bumi sendiri. Keadaan ini sudah hampir sama di sini.

Inilah peringatan demi peringatan yang selalu saya titipkan supaya kita sedar diri. Saya menjadi sebegini, sebab saya amat memahami mereka. Sejak dari kecil saya membesar bersama mereka. Kerana kesempitan hidup mereka terpaksa menggadaikan harta kesayangan mereka. Akhirnya kita juga yang menjadi kaya. Mereka juga yang miskin.

Saya yakin saya lebih memahami mereka daripada ultra kiasu, sehingga saya dituduh tidak memahami bangsa sendiri. Tidak mengapalah kalau begitu. Saya tidak kisah sama ada saya diterima atau tidak, oleh bangsa saya, kerana saya masih boleh hidup tanpa bangsa. Tetapi saya tidak boleh hidup tanpa Islam.

Dahulu umat Islam diam, hari ini mereka kembali bangkit. Mereka tidak mahu kekayaan negara ini terus dikaut orang lain. Mereka mahu ianya dikongsi secara bersama kerana inilah bumi yang mereka ada, warisan nenek moyang.

Perkongsian ini mesti dilakukan sekiranya kita ingin melihat masa depan yang lebih gemilang tanpa prasangka. Jika tidak, masalah tidak akan selesai dan kita tidak akan menang. Hari ini kelihatan kita tidak mahu berkongsi, tetapi terus menentang. Kita mahu menjadi ekslusif bukan inklusif. Tidakkah inklusif lebih baik daripada ekslusif?

Artikel saya minggu lepas dicabar dengan mendedahkan perbuatan seks kalangan orang Islam dan umat Islam yang menjadi hamba seks di Bangladesh. Saya diminta oleh puak ultra kiasu ini supaya pergi ke Bangladesh membebaskan hamba seks kalangan umat Islam. Berulang kali saya telah sebut, saya tidak mahu membuka pekung di dada, sebab saya kenal dan tahu cara hidup rakan sebangsa.

Ultra kiasu tidak perlu membawa statistik hamba seks kalangan umat Islam di Bangladesh. Hamba seks di negara kita sendiri yang begitu banyak berleluasa termasuk pemerdagangan manusia bagi tujuan seks dan mengautkan kekayaan, perlu dijaga dahulu. Siapakah yang melakukannya? Kita tidak kisah perbuatan tersebut haram atau tidak, yang penting boleh buat duit dan menjadi kaya raya.

Kita mengambil sikap tidak kisah isu ini. Berapa ramai wanita bukan Islam yang menjadi korban hasil nafsu buas lelaki. Hidup bersekedudukan tanpa kahwin. Saya berani mengatakan bahawa dari kalangan anak muda dan anak gadis mereka, hampir 100 peratus daripada mereka telah melakukan seks bebas sebelum berkahwin secara sah. Itupun bernasib baik jika mereka berkahwin. Jika tidak, orang lain turut menjadi mangsa kerana mendapat teman yang telah ditebuk tupai. Saya masih percaya mereka yang memberi komen dalam blog saya turut melakukan perkara yang sama. Mereka tidak kisah mendapat teman hidup yang telah ditebuk tupai, kerana selepas itu, mereka boleh menyimpan berpuluh-puluh mistress kerana bagi mereka tidak berdosa, asalkan niat baik.

Dengan sebab itu, jangan kita keterlaluan menghina orang Melayu yang terlibat dalam gejala sosial dan seks bebas. Berpada-padalah. Kita paparkan seks bebas yang berlaku di kalangan orang Melayu. Pada saya, itu bukanlah perkara pelik sebab ramai lagi umat Islam yang tidak melakukan seks bebas berbanding kita. Semua bukti ini dalam genggaman saya. Statistik umat Islam yang terlibat dan didedahkan dalam media bagi saya ada baiknya, sebab umat Islam amat sensitif dengan perbuatan haram ini dan mahu mencari jalan penyelesaian.

Sedangkan bukan Islam merasakan ia tidak penting. Tetapi, bila anak luar nikah tidak dapat dibinkan bapanya, kita menyalah kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Namun, bila kerajaan bertolak ansur dengan memenuhi tuntutan dan desakan itu, kita gigit dan kutuk kerajaan habis-habis, bukannya mahu berterima kasih. Adakah tindakan ini wajar?

Jika bilangan anak luar nikah yang menjadi tanda aras, saya fikir bilangannya anak luar nikah umat Islam tidaklah membimbangkan sangat. Berbanding dengan ‘anak luar nikah’ bukan Islam yang digugurkan sejak awal atau menggunakan alat pencegah hamil. Jika dibiarkah seperti mana yang dilakukan oleh anak gadis Islam, paling ramai anak luar nikah adalah orang bukan Islam.

Itupun nasib baik jika mereka bertangungjawab. Ada yang terus ditinggalkan, habis manis sepah dibuang. Justeru, jangan lah menuding jari seolah-olah orang Islam sahaja yang ketagih dan suka seks. Puak ultra kiasu boleh ambil gambar remaja melakukan perbuatan sumbang tersebut dan dilinkkan ke blog saya. Saya hanya tersenyum dan ketawa kecil. Pada saya, sekurang-kurang remaja-remaja ini berterus-terang, daripada melakukan secara diam-diam untuk tujuan ‘cover’. Tidakkah perbuatan tersebut lebih hipokrit?

Kita tidak boleh menutup bangkai, baunya pasti keluar. Ketika itu, terbongkarlah segala skandal demi skandal seks lucah. Tidak mustahil yang memberi komen itupun berzina dahulu sebelum berkahwin. Maklumlah, mereka berpegang kepada janji hati baik, niat berkahwin ada.

Kita jangan terlalu menyerang untuk melindungi sesuatu. Saya berterus terang sebab saya tahu apa yang berlaku. Saya tidak hipokrit. Saya mengenal bangsa saya dahulu sebelum orang lain. Janganlah anggap saya jahil tentang bangsa saya. Lagipun saya kajian PhD berkaitan persepsi bangsa saya terhadap bangsa lain. Dapatan yang saya paparkan bertujuan untuk menyelamatkan bangsa saya bukan untuk memusnahkannya. Masihkah saya jahil soal bangsa saya? Yang berkokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi itu ada membuat kajiankah? Jangan asyik pandai bercakap dan mengambil kesempatan?

Mungkin hari ini, kita melihat umat Islam tidak bersatu. Tetapi saya yakin satu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ketika mereka bersatu nanti, bayangkan jika mereka mengambil pendekatan membalas dendam, apakah yang akan tinggal pada kita? Ingatlah bangsaku, kasihku terhadapmu amat tinggi sebab kita adalah dari satu generasi yang sama. Bangsa berdarjat dan terhormat, tetapi jangan sampai kita menjadi bongkak kerana sikap bongkak akan menghancurkan kita dan anak cucu cicit kita.

Namun, saya yakin jika ditakdirkan umat Islam kembali bangkit dan menjadi kuat, mereka tidak akan melakukan sedemikian terhadap kita sebagaimana yang kita lakukan terhadap mereka. Agama Islam yang suci dan mulia, tidak sama sekali mengajar umatnya menganiayai atau menghina orang lain.

Malah Islam amat menjaga darjat orang lain. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Malah Islam sentiasa melindungi kepentingan bukan Islam sehingga sampai pada tahap yang sukar untuk dibayangkan.

Saya masih teringat, bagaimana hebatnya orang Islam merawat tentera Kristian (bukan Islam) ketika mereka tewas dalam Perang Salib pimpinan Sallahuddin Al-Ayubi. Umat Islam tidak pernah mahu membalas dendam meskipun sebelum itu, umat Islam pernah dibunuh, disiksa dan disembelih sehingga darahnya sampai ke paras lutut ketika itu.

Kenapa umat Islam tidak memperlakukan sedemikian rupa? Jawapannya mudah, inilah indah Islam. Islam sama sekali tidak membenarkan umatnya berlaku zalim kepada bukan Islam, kecuali bukan Islam sengaja mencari pasal dengan orang Islam.

Saya teramat yakin, apabila Islam tertekan dan ditekan, satu hari nanti, Islam pasti akan bangkit. PAS dan UMNO pasti akan bersatu. Mungkin hari ini kita masih belum melihat hasilnya, tetapi masa akan menentukannya.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

KOMEN-KOMEN

14 comments:

Abdullah Ngah said...

Saya nampak dengan jelas dan nyata bahawa kebanyakan tulisan Dr banyak silap. Sama ada Dr sedar atau tidak saya tidak tahu, tetapi itulah realitinya.

Dr mungkin tidak mengaku berlaku kesilapan, kerana yakin dengan kepakaran yang sedia ada pada dr sebagai seorang yang memilki PHD bidang politik dan kerajaan.

Sama ada Dr salah faham dan tak faham.

Jika saya berkata demikian mungkin tak munasabah. Tetapi kita kena ingat manusia mana yang tidak melakukan kesilapan diatas muka bumi ini.

Inilah yang wajar diakui. Kalau tidak ia akan menjadi penghalang dan amat sukar untuk kita baiki status qua iman kita.

Kenapa saya begitu? pertama Dr masih memiliki sifat "bangga" yang mana "berbangga" itu adalah "takbur" yang amat dimurkai oleh Allah.

Muka Dr seorang yang memiliki sifat bangga, malahan ramai kalangan ulamak yang memiliki sifat bangga diri yang membuat manusia itu megah diri besar hati yang menjadi dinding menghalang seorang itu mendapat keredhaan Allah.

Masih ramai yang tidak faham dengan istilah "bangga". Kalau mereka faham dengan istilah itu mustahil seorang perempuan beriman mengucap masih mengucapkan "saya bangga" menjadi perempuan kerana kehebatannya.

Betapa ramai bijak pandai islam perempuan di negara ini berasa bangga dilahirkan sebagai perempuan, Pada hal ucapan itu dimurkai oleh Allah, kerana ia menanamkan sifat "takbur".

Sesetengah ulamak mengulas, sesiapa yang memiliki sifat bangga diri Allah telah dan akan membiarkan mereka dengan apa yang menjadi kebanggaan dan ternyata ia tidak dapat pertolongan. hatta suatu kumpulan, parti yang memperjuangkan daulat Islam sekalipun.

Saya bangga kerana dianugerahkan ijazah PHD tidak wajar berarang dalam kalbu seorang, kerana itu adalah takbur namanya.

Jika Dr tidak boleh menerima, ini punca Dr dihentam yang barangkali bertujuan untuk membaiki kedudukan Dr.Tidak dinafikan mereka yang hentam Dr itu kadang kadang lebih teruk dari Dr. Tidak kurang juga yang ikhlas.

Ucapan Syukur adalah paling afdal ada dalam jiwa sesiapa yang mengaku beragama islam. Inilah sifat bagi orang mukmin.

Oleh itu hampir seluruh umat Islam memiliki sifat bangga, kerana tahap keislaman mereka masih ditahap umat Islam miskipun memilki ijazah PHD sekalipun.

Sebutan "mualaf" suatu sebutan yang sangat mulia disisi Nabi SAW, kerana orang kafir yang masuk islam itu telah dilembutkan hati oleh Allah lalu menganut Islam.
8:38 AM
Abdullah Ngah said...

sambungan

Hati orang kafir lebih keras daripada batu yang pejal sepertimana hati Umar semasa dalam kafir, tetapi menjadi lembut denga masuk islam. Bukan setakat keras malah degil sedegilnya. Nabi Yahaya AS digergaji dua nabi Zakaria AS dikerat lehernya.Nabi Isa di salib.

Oleh itu mereka yang masuk islam disebut maulaf yang bermakna "lembut". Tidak harus terasa hina apabila disebut mualaf. Yang harus merasa hina mengaku beragama islam, tetapi tidak pernah solat seumar hidup tidak pernah puasa sebulan bulan ramadhan, tidak pernah keluar zakat seumar hidupnya yang ada padanya ialah mengucap dua kalimah syahadat.

Bukan itu sahaja mengaku beragama islam, tetapi minum arak makan riba makan rasuah yang jelas zalim dan keji.Malahan mereka bangga dengan gaya hidup kafirsme. Pada hal Allah minta jangan kamu jadi macam Yahudi, tetapi tetap berbangga menjadi macam Yahudi.

Saya rasa sedih apabila perkataan bangga keluar dari mulut orang islam yang ada PHD dan ustazah ustazah yang bercakap dalam TV bahawa kita bangga dilahirkan sebagai perempuan, kerana perempuan itu hebat hebat belaka tanpa menyedari mereka sebenarnya "takbur". seperti "megah diri", "besar hati".

Macam mana seorang mukmin memiliki sifat takbur sedangkan ia di murkai Allah.Mungkin inilah punca ulamak menjadi syaitan bisu.

Wajar takbur menjadi sifat orang kafir, kerana keengkarannya kepada Allah sepertimana syaitan dan iblis berbangga dengan dirinya sebagai pengasut umat manusia sampai hari kiamat diatas muka
bumi Allah ini.

Minta dijauhkan bersifat bangga, ia adalah takbur yang sangat sangat dimurkai Allah.

Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maaf jika ini menyentuh kalbu sesiapa.
8:39 AM
asyMok_Aambo said...

"Demi waktu DHUHA. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. Bahawa Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sehingga engkau reda berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan; Dan didapatiNya engkau mencari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan hidayat petunjuk dengan wahyu Al-Quran; Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan; Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta bantuan pimpinan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya"

ad-Dhuha (93:1-11)
8:55 AM
tokgaru said...

Assalamualaikum Ustaz Ridhuan.

Sungguh terharu bila saya membaca posting ustaz pada kali ini.

Harapan kepada yang ultra kiasu, minta tolong hayati dan fahami isi penulisan Ustaz RT yang kali ini.

Pada saya tulisan Ustaz RT kali ini, memberi makna dia tidak lupa siapa dia, apa keturunan dia, bagaimana keturunan dia diterima baik oleh bangsa melayu di awal kedatangan mereka ke tanah melayu (pada ketika itu).

Ustaz RT mengingatkan ultra kiasu dan kaum pendatang bahawa atas sifat murah hati orang melayu pada ketika itu kepada kaum pendatang sehingga kaum pendatang berada pada kedudukan selesa yang mereka nikmati pada hari ini pada hal orang melayu sendiri semakin lama menjadi semakin tidak selesa akibat dari karenah kaum pendatang yang nampak " tidak tahu berterima kasih " dan " tidak tahu mengenang budi ".

Jika ultra kaisu dan kaum pendatang merasakan mereka sebagai manusia yang " bertamadun " (civilised) dan " beradab " (well mannered) maka sahut lah seruan ikhlas dari Ustaz RT itu.

Sebab Ustaz RT tahu segala kebaikan dan keburukan ultra kiasu lebih daripada orang lain, kerana beliau sendiri adalah sama keturunan dengan ultra kiasu.

Akan tetapi, selepas menerima dan mengamalkan " islam as a way of life " beliau menjadi seorang manusia yang " totally different from his origin generation ".

Cabaran dari saya kepada ultra kiasu,

1) kalau Ustaz RT yang sebangsa dengan ultra kiasu boleh berfikiran sebegitu positif tentang kebaikan orang melayu kepada bangsa beliau, apakah tidak boleh anda yang ultra kiasu mengambil sikap yang serupa supaya kita semua yang mengakui sebagai rakyat negara ini akan berusaha mempertahankan (sustain) keharmonian hubungan antara kaum melayu-cina-india yang dibina semenjak kesultanan melayu melaka lagi.

2) belajar lah membentuk diri menjadi manusia yang tahu berterima kasih dan mengenang budi kepada orang yang membantu dan berbuat kepada anda.

3) bantulah orang melayu pula supaya orang melayu juga berada pada kedudukan ekonomi yang seiring dengan kedudukan ekonomi ultra kiasu.

4) buang tabiat buruk " aku mahu kesemuanya " sebaliknya tolong fikir bahawa orang lain juga mahu apa yang anda mahu. Orang melayu juga mahu keselesaan dan kekayaan seperti yang kaum ultra kiasu sedang nikmati pada hari ini.

Jika cabaran saya ini diterima secara yang positif, insyaalah negara kita akan selamat dan hubungan melayu-cina-india akan harmoni sehingga kiamat dunia ini.

Paling penting, masing2 melayu-cina-inda patuhi peraturan hidup yang ditetapkan oleh agama masing2. " Tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang menyeru manusia kepada kejahatan dan permusuhan "
8:57 AM
tokgaru said...

Kepada Abdullah Ngah

Saya tidak rasa bangga menjadi seorang melayu yang menganut agama islam bila melihat betapa bangsa ku yang mengaku islam sebaliknya saling memusuhi antara satu sama lain sehingga sukar menemui jalan ke arah perpaduan.

And as the result, sincerely i am totally not proud at all to be born as malay and at the same time to be a muslim.

So Abdullah what is your comment ?
9:12 AM
blog said...

Saya amat setuju sekali dengan kenyataan Dr Tee

"Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – ‘kerajaan’ Melayu Melaka ribuan tahun dahulu."


Buktinya:

Updating Dr M on who runs the country
9:46 AM
HangJebatRocks said...

Khas Buat saudara Abdullah Ngah:

Saya sedih melihat orang yg macam awak, nama elok, menunjokkan seorang Muslim, harap bukan orang Melayu sudah, kerana memalukan company.
Tulisan awak menunjokkan awak ada sikit intellectual tetapi terserlah sunnguh hati busok dan hasad dengki.
Awak sepatutnya menilai kandungan dan intipati apa yg di tulis dan bukan menghina penulis. Awak ada masalah peribadi dgn Ustaz Ridhuan ke? Kalau ada masalah peribadi janganlah di bawa ke blok ini, sungguh menonjolkan kebodohan, sombong dan irihati dan busok hati, samlah seperti ahlul2 bahalul dari Parti Ajaran Sesat. Awak berlagak macam gangster kampong dusun, hanya bernai memukol, caci maki bangsa sendiri, rela baring tengah jalan bawa bendera dan solat di tengah jalan mengkiblat bangunan komunsi biaDAP. Orang2 macam awak tidak mahu perpaduan sesama bangsa dan agama, tetapi rela membela dan berkorban nyawa, untuk peliwat tegar negara, barua Yahudi lahanat dan komunis biaDAP yg makan babi dan berak tak chaybok, malah orang seperti awak sanggup chaybokkan merka yg berak mencret. Harap saudara Abdullah Ngah, sedar dan insaf, bersengkongkol dan menyembah, barua lahanat Yahudi, peliwat tegar dan komunis biaDAp yg makan babi dan berak tak chaybok tidak akan membawa kebaikan, malah azab menanti dunia dana akhirat. Hentikan perangai burok, dan hati busok tu. kita semua bole bau dari sini. Nauzbillah
9:47 AM
blog said...

Dr. Tee, saya diberitahu bahawa insiden "haruan makan anak" lebih kerap berlaku dalam masyarakat tertentu. Betulkah? Apa pula pandangan Dr. Tee dalam masalah sosial ini?

Kalau berkesempatan, layarilah ke laman web ini: Haruan Makan Anak
9:51 AM
tokgaru said...

Kpd HangJebatRock

Saya juga macam awak, terasa pelik dengan cara Abdullah Ngah ni.

Dia tak nampak keiklasan Ustaz RT. Dia ni saya rasa bila baca posting Ustaz RT, bukannya dia cari " apa isi atau apa mesej " yang terdapat dalam posting tu. Tapi dia nak cari apa benda buruk atau kecacatan yang terdapat yang membolehkan dia menggodam Ustaz RT.

Kepada Abdullah Ngah, aku tokgaru ingin bertanya :

1. Adakah kau merasa bangga di lahirkan sebagai seorang melayu ?
2. Adakah kau merasa bangga memilih islam sebagai agama kau ?
3. Adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh PR semasa PRU 12 yang lalu ?

4. Sebagai seorang muslim adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri kelantan bawah pemerintahan parti islam ?

Harap kau jawab lah satu persatu...
Abdullah Ngah.
10:04 AM
Nazri Abdullah said...

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah masuk surga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah sekalipun”.

Dan dalam satu hadis disebutkan : “Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang yaitu : Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri”.

Said bin Jabir berkata : “Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk neraka, hal itu disebabkan perbuatan baiknya itu manjadikan ia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu”.

Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur.
10:14 AM
tokgaru said...

Pada aku Umno tak hebat jika setakat berani bertanding dalam kawasan melayu sahaja. Aku akan kata Umno hebat jika berani bertanding di kawasan majoriti cina, dan menang pula tu.

Pada aku diantara Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. MCA, MIC dan Gerakan lebih hebat sebab berani bertanding dalam kawasan melayu dan menang lagi.

PRU 13 nanti, kita harap Umno bukan saja setakat berani berdepan dengan Pas dalam kawasan melayu, tapi kita juga nak Umno berdepan dengan DAP atau PKR dalam kawasan bukan melayu majoriti.

Bukannya apa, kita nak tengok adakah bukan melayu akan menunjukkan semangat setikawan yang tinggi sebagai mana yang pernah ditunjukkan oleh orang melayu sebelum daripada ini.

Setuju dengan cadangan macam ni ?
10:19 AM
Zabri Mokhtar said...

Salam Dr dan Semua,
Setuju sangat dengan Pendapat Dr satu hari nanti Islam akan bangkit.
Kebangkitan akan lebih pantas sekiranya UMNO dapat dibubarkan dengan segera dan semua ahli-ahlinya menyertai PAS beramai-ramai.
Ikhlas,
10:39 AM
Chot said...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya.

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya lagi.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.
10:53 AM
Abdullah Ngah said...

Tokguru dan hang jebat

Anda mungkin "salah faham" sebab itu bahasa anda sangat "baik" dan "lunak".

Terimakasih dapat saya buat kesimpulan tentang peribadi anda.

oleh lebih baik "tak faham" daripada "salah faham".

Kalau tak faham ada orang yang boleh tolong agar jadi faham, tetapi salah faham sangat bahaya.

Macam Firaun. Allah hantar nabi Musa supaya jangan mempersekutukan serta untuk menyelamatkan dirinya daripada terus kafir.

Inilah jadinya jika "salah faham". Demikian juga lebih baik tak tahu daripada "buat buat tahu"sedangkan anda sebenar tidak tahu dan keliru.

Macam orang salah faham mengenai Islam. Salah faham mengenai kafir.
Bahaya yang paling besar silap haribulan boleh jadi, jadi kafir.

Salah "cakap" juga boleh jadi kafir salah "buat" juga boleh jadi kafir dan salah "niat" juga boleh jadi kafir.

Ada ulamak yang mengharamkan perdebatan, malah ada yang berkata, mereka yang selalu berdekat dan tidak mahu rujuk kepada Quran as sunnah sesat.

Kita berbahas biarlah beradat. Banyak perkara yang baik datang dari tulisan Dr Ridhuan, tapi banyak juga yang silap.

Cuba anda bayangkan apabila Dr Tee berkata, "pandangan Allah". Apa dia padangan Allah yang anda faham berbanding dengan pandangan manusia.

Pandangan adalah bersifat "baru" dan Allah tidak bersifat baru. Ia adalah wahyu jadilah Al Quran kalam Allah dan As Sunnah jadilah Hadis nabi.

Jangan buat buat faham kalau tak faham atau salah faham mengenai tulisan saya.

Maaf kalau tersinggung.

No comments

Powered by Blogger.