Juara Eropah Sepanyol di final, tepati ramalan sotong kurita

JOHANNESBURG, 8 Julai — Jerman, yang dilihat sebagai pasukan pilihan selepas beberapa gergasi tumpas sebelum ini, gagal mengatasi juara Eropah Sepanyol untuk mara ke final kejohanan Piala Dunia 2010, awal pagi tadi.

Dalam pertemuan yang dilihat sengit dan dramatik, Sepanyol mengatasi Jerman, yang menewaskan Argentina 4-0 di suku akhir, dengan jaringan tunggal pada minit ke-73.

Gol tunggal Sepanyol dijaringkan oleh penyerang Barcelona Carles Puyol.

“Sepanyol adalah pasukan yang hebat. Mereka pakar permainan. Anda boleh lihat kemahiran mereka dalam setiap hantaran. Mereka sukar untuk diatasi... saya yakin mereka akan menang nanti,” kata jurulatih Jerman Joachim Loew dengan tabik kelebihan Sepanyol.

Dengan kemenangan ini, Sepanyol akan bertemu satu lagi pasukan dari Eropah, Belanda minggu depan.

Kejayaan Sepanyol awal pagi tadi mengakhiri kemarau 44 tahun ke final Piala Dunia. Semalam Belanda menamatkan kemarau 32 tahun melangkah ke perlawanan akhir.

Sebelum ini sotong kurita yang meramalkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, baru-baru ini telah memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman.

Sotong bernama Paul yang berusia dua tahun dan berasal dari England bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan serarus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman termasuk saingan suku akhir menentang Argentina.

Dengan menewaskan Argentina di suku akhir Jerman meletakkan sasaran untuk menjulang Piala Dunia buat kali keempat.

Xabi Alonso berkata, rakan-rakan sepasukannya tiada pilihan melainkan memberikan segala-galanya untuk memastikan kemenangan menentang Jerman bagi membawa kemenangan.

“Kami terpaksa bekerja keras berbanding biasa untuk mengatasi pesaing kami. Kami telah memperlihatkan permainan yang cukup matang khususnya apabila mengambil kira ini adalah pertemuan separuh akhir Piala Dunia dan yang pertama kami bermain.

“Kami kini satu lagi langkah untuk merasai Piala Dunia,” kata Alonso.

No comments

Powered by Blogger.