Karnival Telefon Bimbit, Karnival Penipu! Siapa Yang Luluskan?




Taman Connought
Cheras, Kuala Lumpur
17 Jul 2010
12 tgh

2 telefon bimbit - sebuah i-Phone dan sebuah Nokia dengan hanya RM1000 sahaja.

Harga gila, runtuh dan merudum itu sebenarnya adalah harga untuk dua buah telefon bimbit tiruan...



Malangnya, ramai pengguna tertipu dan ditipu , di mana penjual berselindun di sebalik Karnival Telefon Bimbit yang sebenarnya, mereka kebanyakannya menjual telefon tiruan, palsu dan 'tidak cukup sifat' tetapi mendakwa sebagai tulen.

Dan nasib menyebelahi artis wanita remaja ini, yang berusia 17 tahun, kerana ketika dia hendak membayar untuk telefon bimbit 'tiruan' yang tidak diketahuinya, karnival itu diserbu pihak berkuasa...

Semalam, Shahila Shariff, 17 tahun, singgah di Karnival 'Penipu' ini yang terletak hadapan sebuah pasaraya besar di Taman Connounght Cheras.

Dia bersama ibunya, Noriah Mat Isa, 42 tahun, kemudian dipujuk dan diyakinkan oleh salah seorang penjual, bahawa telefon bimbit yang dijual adalah tulen.

Selepas tawar menawar, dua telefon bimbit itu berharga RM1000, yang mana harga sebenar adalah kira-kira RM3000.

Shahila atau Heela, membayar deposit RM200 dan berjanji datang keesokannya untuk membayar baki RM800 dan mengambil telefon bimbit itu.

Dan, kira-kira jam 12 tengahari tadi, Shahila datang bersama ibunya ke tempat semalam.

Saya sempat menegur ibu Shahila dan bertanyakan tujuan kedatangannya.

Sebenarnya, ketika mereka datang, Karnival itu sedang diperiksa dalam operasi mengejut oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDNN-KK Kuala Lumpur termasuk gerai yang mengambil deposit dari Shahila semalam.

Akhirnya, didapati benar, telefon bimbit yang dipesan Shahila disahkan sebagai tiruan.

Wang RM200 dikembalikan, malah telfon bimbit itu turut dirampas.

Akhirnya, sejumlah 139 telefon bimbit tiruan bernilai lebih RM100,000 dirampas.

Jenama paling popular ialah i-Phone - dan sebenarnya i-Phone yang dijual, tidak pernahpun dikeluarkan model itu oleh pengeluar asalnya, sebaliknya i-Phone ciptaan dari China yang disahkan sebagai palsu, tiruan dan dibawa masuk secara tidak sah.

Sebenarnyam sejak Februari lalu, 34 serbuan dilakukan di karnival telefon bimbit seluruh Kuala Lumpur membabitkan rampasan kira-kira RM300,000.

Dengan harga yang ditawarkan benar-benar tidak logik, membuatkan pengguna terpedaya dan membeli barangan yang sebenarnya tiruan.

Persoalannya, siapakah penganjur dan pihak yang meluluskan karnival-karnival penipu sebegitu, walaupun telah banyak pengguna tertipu.

Perlukah KPDNKK terpaksa membuang banyak masa melakukan serbuan dan pemeriksaan sebegitu, sedangkan pihak yang meluluskannya hanya berdiam diri dan terus meluluskan karnival sebegitu?




Terbukti, langsung tiada penyelarasan dan kepekaan sesuatu pihak dalam agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang mengundang lebih banyak masalah kepada pengguna.


Ondscene


ANDA PERNAH TERKENA TIPU?
SIAPA YANG LULUSKAN JUALAN HARAM JADAH MACAM NI?

2 comments

Amri Mat Saaid said...

ha ha pesta menipu entah berapa kali dah diadakan ditempat tu..Alam Damai

Yong said...

Bunting yang deme gantung kat tiang2 lampu pun tak ada cap kelulusan Majlis Perbandaran. Di situ pun kita dah tahu memang hampir semua karnival ni haram. Nak beli hp canggih, pergi le ke authorize dealers.

Powered by Blogger.