Kenapa 'disusahkan' orang Melayu berniaga?

SAYA lahir dan dibesarkan di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Saya cukup sedih apabila melihat orang Melayu terabai dan teraniaya di negara sendiri akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa berkenaan.

Kenyataan ini berasaskan pengalaman dan pemerhatian saya selama ini. Cuba anda bayangkan bagaimana banyak kedai dan gerai milik peniaga Melayu boleh dikenakan kompaun dan saman serta pelbagai lagi tindakan yang tidak munasabah tetapi dalam masa yang sama peniaga asing seperti Indonesia dan Bangladesh tetap bebas menjalankan perniagaan mereka dengan seenaknya?

Di manakah sikap rasa tanggungjawab dan integriti semua pihak berkuasa dalam menterjemahkan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Apakah salahnya membantu rakyat tempatan berniaga dalam keadaan ekonomi yang cukup susah ini?

Apa salahnya memberi keistimewaan kepada orang tempatan, lebih-lebih lagi kepada orang Melayu berniaga. Sedarlah wahai penjawat awam (yang juga orang Melayu) bahawa anda semua dipertanggungjawabkan dengan satu amanah yang amat berat termasuk di akhirat kelak.

Setiap tingkah laku anda perlu sejajar dengan jawatan anda.

LABU 9501

No comments

Powered by Blogger.