Kes cerai isteri kedua Sultan Kelantan disambung 8 Ogos
KOTA BARU, 25 Julai — Perbicaraan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Perta terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, disambung 8 Ogos ini.
Hakim Syarie Abdullah Man menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan plaintif Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk meminda penyataan tuntutan yang dibuat pada 30 Jun lepas.
Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Elia Suhana, 31, yang dinamakan sebagai defendan, berkata keputusan itu dibuat dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Beliau berkata Nik Rorhana ingin menambah beberapa fakta mengenai lafaz cerai yang dibuat oleh Sultan Kelantan selepas 12 Feb lalu.
“Hakim menolaknya dan hanya ingin membicarakan (kes) lafaz cerai yang dibuat oleh Sultan pada 12 Feb lepas, dan lafaz pada tarikh tersebut telah difailkan oleh plaintif,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Pada 3O Jun lepas, mahkamah menangguhkan perbicaraan kes tersebut selepas membenarkan permohonan Nik Rorhana meminda penyataan tuntutannya.
Setakat ini, dua saksi telah memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebut, termasuk Nik Rorhana yang diwakili peguam Zainul Rijal Abu Bakar.
Sultan Kelantan didakwa telah melafazkan cerai berkenaan ketika baginda masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Feb 2010 di hadapan beberapa saksi.
Elia Suhana telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan pengesahan lafaz cerai terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana 9 Mac lalu, bagaimanapun, ia ditolak oleh mahkamah pada 23 Mei lepas. — Bernama

No comments
Post a Comment