Keuntungan Petronas susut 24.5 peratus

Oleh Lee Wei Lian


KUALA LUMPUR, 1 Julai — Keuntungan kumpulan Petronas sebelum cukai bagi tahun lalu merosot 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion ekoran harga minyak yang rendah tetapi konglomerat ini masih berupaya untuk membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan pusat.

Purata keluaran minyak mentah Malaysia jatuh 3.3 peratus kepada 535,000 tong sehari antara tempoh April-Mac lalu, kata Petronas hari ini.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Tahun kewangan kajian terbukti sukar dan mencabar bagi Kumpulan Petronas,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Shamsul Azhar Abbas pada majlis taklimat prestasi kewangannya di sini.

Kata beliau, kadar keuntungan berhadapan dengan penurunan ketara memandangkan industri petroleum juga mengalami kenaikan kos secara berterusan.

Keuntungan bersih jatuh ke paras RM40.3 bilion berbanding RM52.5 bilion tahun sebelum itu.

Tanda aras purata harga minyak Amerika Syarikat berada dalam lingkungan AS$79 setong pada suku pertama tahun berbanding AS$43 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun ia masih rendah berbanding AS$147 setong yang pernah dicatatkan pada Julai 2008.

Petronas berkata ia masih mampu mengekalkan paras dividen yang dibayar tahun ini walaupun ia boleh menjejaskan pertumbuhannya memandangkan turut memberi kesan ke atas perbelanjaan modal.

“Kami boleh kekalkan bayaran RM30 bilion (dividen) tahun ini,” kata Naib Presiden Eksekutif (Kewangan) Datuk George Ratilal.

Pulangan merosot 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion, kata mereka.

Petronas dilihat sebagai entiti sangat penting memandangkan ia menyediakan separuh daripada sumber bajet iaitu dalam bentuk dividen dan cukai.

Kumpulan ini telah menyalurkan RM57.6 bilion kepada kerajaan Malaysia pada tahun kewangan 2010, 22 peratus rendah berbanding RM74 bilion yang dibayar sepanjang tahun kewangan terdahulu.

No comments

Powered by Blogger.