Laman Web Pro UMNO Kata Hassan Ali Yang Jumpa Dengan Mufti Perak, Betul Ke? Mohon Penjelasan

k




Gambar sebesar-besar alam ini diletakkan agar Salahuddin dan Mahfuz dapat tengok dengan jelas siapa yang jumpa Harussani sebenarnya.

Oleh Satu Hala

Disebabkan terdesak hendak berkuasa, malu dan mungkin mahu menjaga hati DAP, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hilang akal dan menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai mereka-reka cerita apabila dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Tak tahulah sama ada Salahuddin dan Mahfuz memang betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu.

Penulis lebih yakin diaorang buat-buat tak tahu.

Disebabkan tuduhan yang melampau itu, Mufti Perak berkenaan terpaksa menjelaskan bahawa dirinya sebagai seorang Mufti tidak akan menipu terutama dalam soal-soal politik.

Hakikatnya memang ada pemimpin Pas yang bertemu Harussani.

Personaliti yang dimaksudkan bertemu Harussani tidak lain dan tidak bukan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Dimana dan bila pertemuan itu dibuat penulis tidak tahu sepenuhnya.

Tetapi beberapa sumber memberitahu Hassan Ali yang pergi bertemu Harussani.

Dalam Pas, Hassan Ali dilihat sebagai orang dari kem Presiden iaitu Haji Abdul Hadi Awang.

Dan beliau antara personaliti yang paling kurang digemari kem-kem Anwar dalam Pas di bawah naungan Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Puak-puak Anwarisme dalam Pas yang anti perpaduan Melayu memang tak berkenan dengan Hassan Ali. Dan Salahuddin serta Mahfuz ini memang dalam kategori Anwarisme.

So bila tanya puak Anwarisme, memang diaorang akan nafikan ada pemimpin Pas bertemu Harussani minta pandangan mengenai perpaduan Melayu.

Puak-puak ni tidak berminat kerjasama dengan UMNO...mereka agung-agungkan DAP kerana melihat lebih berpeluang membentuk kerajaan dengan DAP berbanding UMNO.

Bagi mereka, UMNO ini terlalu jahat tetapi parti musuh Islam yang terang dan nyata (DAP) adalah sahabat......

Namun hakikatnya, ada kumpulan dan pihak dalam Pas yang benar-benar prihatin dengan kuasa politik Melayu.

http://malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=16487:hassan-ali-yang-sebenarnya-bertemu-harussani-bincang-perpaduan-melayu&catid=51:berita-utama&Itemid=116


ingat, web ni pro umno. mereka mungkin saja untuk memecah belah parti PAS. Berhati-hati lah!

No comments

Powered by Blogger.