Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil : Utusan Malaysia

utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia Dengan Sedikit Edit )



Komen :

Kita tidak akan pernah berjumpa sejak ujudnya Negara Malaysia satu sekolah khas untuk pelajar Hamil. Dan inilah apa yang akan berlaku bila gejala sosial begitu ketara di Bumi Bertuah ini. Apa tidaknya jika satu sekolah di Terengganu baru-baru ini mencatakan 16 orang pelajar hamil, 4 orang telah melahirkan anak. Jumlah itu berdasarkan jumlah yang dikenalpasti , bagaimana pula yang tidak dikenal pasti. Ini mengambarkan dasyatnya masaalah sosial di negara kita. Agaknya nanti mungkin nama sekolah berkenaan begini agaknya : “Sekolah Kebangsaan Pelajar Hamil Jasin, Melaka”.

Kemudian pula jika ianya berlaku di universiti, mungkin akan ujud satu universiti khas untuk siswi yang hamil. Mungkin juga namanya “Universiti Hamil Utara Malaysia”. Ringkasnya “UHAMIN”

Kemudian jika ada orang tua yang termengandung, agaknya ujud pula “Rumah Orang Tua Mengandung Ceras”.

Selepas itu untuk 10/15 tahun akan datang bilamana anak-anak luar nikah ini telah besar, supaya jiwa mereka tidak tertekan mungkin juga akan ujud sekolah khas untuk mereka cth :"Sekolah Anak Haram Bukit Beruang, Melaka". Untuk lebih serasi guru-guru mereka pun dikalangan guru yang juga anak haram. Lepas tu pula akan ujud exco dan menteri khas "Anak Haram" yang ditugaskan mengendalikan anak-anak haram. Ini tidak mustahi boleh berlaku.

Bila direnung-renung , maka jelas di depan mata apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulnya itulah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk umat ini. Masaalahnya, kita yang sedar dan diberi taufik serta hidayat oleh Allah swt ini pun masih lagi lemah melaksanakan tanggungjawab besar iaitu “dakwah” di dalam masyarakat.

Inilah yang sepatutnya kita renung dan fikirkan.

http://hambalialorstari.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.