Mike Tyson Tunaikan Ibadah Haji Tahun Ini

http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/dunia_islam/tyson.jpg


Bekas juara tinju dunia Mike Tyson, yang masuk Islam sewaktu berada di penjara pada tahun 1990-an, dikhabarkan akan mengunjungi kota suci umat Islam Makkah dan Madinah pada musim haji akan datang, sebuah harian Saudi melaporkan pada hari Sabtu lepas (3/7).

Tyson, yang pernah menjadi juara tinju dunia kelas heavyweight era tahun 1986-1990, tiba pada hari Jumaat di Madinah bersama dengan Asosiasi Dakwah Kanada untuk umrah, atau haji kecil, kata akhbar Okaz.

Dari Madinah Tyson akan melakukan perjalanan ke Makkah dan juga merancang untuk mengunjungi kota-kota Saudi lain, seperti dilaporkan Okaz.

Tyson (44 tahun), masuk Islam sewaktu menjalani hukuman penjara 10 tahun - kemudian diubah menjadi tiga tahun - kerana memperkosa seorang ratu kecantikan AS pada tahun 1991.

Setelah keluar dari penjara dia cuba bertinju kembali, namun tidak pernah bierjaya merebut gelaran dan akhirnya mengakhiri karier tinju profesionalnya di tahun 2005.

Januari lalu, dia ikut ambil bahagian dalam acara gusti WWE Raw pro di Amerika Syarikat. (fq/aby)

No comments

Powered by Blogger.