Pas selar tindakan batalkan permit Suara Keadilan
SHAH ALAM, 3 Jul – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyelar tindakan kerajaan membatalkan permit akhbar Suara Keadilan dan turut membidas rancangan Felda menyaman RM200 juta berhubung satu laporan akhbar itu.
ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad berkata laporan Suara Keadilan Bil.237 yang bertajuk ‘Felda Bankrap” harus dibaca secara keseluruhan dan dilihat sebagai teguran untuk memperbetulkan Felda dan nasib peneroka yang ramai sedia-maklum bukan golongan berada.
“Saya lihat dari segi undang-undang, Felda hendak saman Keadilan sebanyak RM200 juta, jadi apabila masuk ke mahkamah, lebih banyak perkara akan didedahkan, saya rasa Felda lupa bahawa ini adalah satu bahaya kepada dia juga.
“Kita boleh minta dokumen-dokumen yang sebelum ini disimpan sulit, dengan adanya saman rasmi ini, semuanya akan didedahkan secara lebih terbuka,” katanya.
KDN telah menggantung akhbar PKR – Suara Keadilan berkuatkuasa pada 1 Julai kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat baru-baru ini tidak akan diperbaharui lagi.
Felda juga menyerahkan surat saman kepada Suara Keadilan atas pendedahan akhbar itu pada 1 Julai lepas bersabit dakwaan salah urus wang badan itu..
“Dari segi penarikan permit Suara Keadilan, permit bagi Suara Keadilan, kalau betul-betul Suara Keadilan bersalah dakwa di mahkamah, selepas dakwa di mahkamah, kalau salah, baru tarik permit tetapi kenapa tidak ada siasatan terhadap Felda, kenapa terus tarik permit dan ini adalah bertentangan dengan demokrasi,” katanya.

No comments
Post a Comment