Pelita Koridor Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi RM200 Juta

SHAH ALAM 1 Julai - Pelita Koridor Sdn Bhd, penerbit lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan petang tadi menerima surat tuntutan ganti rugi dan mohon maaf daripada Felda Holdings dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd berhubung dua artikel yang disiarkan pada muka depan dan muka tiga akhbar tersebut lebih minggu lalu.

Surat bertarikh hari ini dihantar oleh firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang berindak bagi pihak Felda Holdings dan Felda Global Ventures

Dalam surat tersebut peguam menyatakan Felda menuntut ganti rugi dan permohonan maaf berhubung dua artikel yang disiarkan iaitu “Felda Bangkrap” dab “Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu”.

Peguam juga menyatakan dakwaan artikel berkenaan bahawa anak guam mereka adalah bankrap atau terdapat salah urus tadbir adalah tidak berasas dan tidak benar .

Surat itu juga mahu Pelita Koridor menyiarkan penyataan mohon maaf yang akan didraf oleh peguam Felda serta mahu syarikat tidak lagi membuat sebarang dakwaan berhubung Felda samada dalam akhbar atau laman web Suara Keadilan.

Felda juga menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Felda mengambil tindakan undang-undang selanjutnya kata surat yang ditandatangani oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Hafarizam adalah juga Penasihat Undang-undang Umno Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.