Pendatang tak tahu adab gugat ketenteraman rakyat tempatan
BARU-baru ini saya melihat ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) yang gah sudah tercemar apabila ramai pendatang asing yang dipercayai dari Nepal dan Myanmar duduk malah berbaring di lantai ruang legar.
Sudahlah bersuara kuat malah mengeluarkan bau tidak menyenangkan dari kasut dan badan mereka
Apalah agaknya tanggapan pelancong asing dari negara maju? Tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia malu dengan keadaan pendatang asing yang datang dengan jumlah yang amat besar hingga memburukkan imej KLIA sendiri?
Itu di ruang legar KLIA. Keadaan dalam komuter dan perkhidmatan awam juga amat menyedihkan. Mereka turut masuk ke koc wanita, manakala wanita mereka pula berbondong-bondong mahu masuk ke dalam koc yang tidak diperuntukkan khas kepada wanita lantaran mengikut kawan lelaki atau mungkin kekasih mereka.
Pendek kata mereka tidak tahu adab dan peraturan serta meragut keselesaan rakyat tempatan. Saya juga pernah tidak jadi naik teksi apabila melihat pemandunya warga asing.
Jangan nanti kerajaan salahkan rakyat mengapa tidak menggunakan perkhidmatan awam apabila pendatang asing secara biadab dan mahu mendominasi ruang mengundang tawar hati rakyat.
Di pekan dan bandar juga tidak terkecuali kena tempias pendatang asing. Lihat bandar Rawang misalnya yang amat kotor tidak terurus ditambah dengan kebanjiran pendatang asing di merata-rata tempat. Mereka meludah, melepak, membuang sampah dan kunyahan air sirih malah kencing di mana saja mereka suka.
Oleh itu, dipohon kerajaan segera mengambil tindakan membasmi pendatang asing. Alasan mereka perlu dalam sektor kerja adalah pembohongan majikan tempatan yang tidak patriotik yang gilakan keuntungan semata-mata.
Rakyat mahu tahu apa tindakan dan perancangan kerajaan terutama Kementerian Sumber Manusia dalam hal pengambilan pekerja asing, Kementerian Pelancongan berhubung permit VOA serta penubuhan jawatankuasa khas di Putrajaya berkenaan membendung pendatang asing.
Saya memohon kenyataan daripada pihak berkenaan menerangkan kedudukan sekarang ini agar dapat membendung rasa tidak tenteram rakyat dengan kerenah 'tsunami' pendatang asing ini.
RAKYAT TERTEKAN,
Kuala Lumpur

No comments
Post a Comment