'Pergaduhan' MP: Nazri lepaskan Kulasegaren

Aidila Razak

Ahli parlimen DAP dari Ipoh Barat, M Kulasegaren tidak akan diheret ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen berhubung 'pergaduhannya' dengan beberapa ahli parlimen lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

nazri abdul aziz“Kita putuskan untuk tidak berbuat demikian dan telah memaklumkan keputusan itu kepada speaker,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Bagaimanapun katanya, pengadu kes itu, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bebas membuat laporan polis ke atas Kulasegaren jika beliau memilih untuk berbuat demikian.

Bung Moktar kemudiannya memberitahu Malaysiakini perkara itu akan dibincangkan sebelum mesyuarat ahli parlimen BN minggu depan bagi memutuskan supaya terus mendesak usul berkenaan atau membuat laporan polis.

Pada kejadian 9 Jun lalu Kulasegaran mendakwa ketika mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera, mereka diganggu oleh dua ahli parlimen kerajaan itu, termasuk Idris Haron dari Batu Tangga.

"Parlimen adalah tempat untuk rakyat datang dan menyuarakan pendapat mereka. Rakyat sepatutnya tidak dihalang ke mari,” katanya sambil menambah kedua-dua MP Umno berkenaan tidak diundang menyertai perbincangan mereka.

MP NONEPadang Serai N Gobalakrishnan mengesahkan perkara itu dan berkata Kulasegaran telah mendapatkan kebenaran daripada parlimen sebelum memulakan perbincangan mereka itu.

"Ini mesyuarat persendirian dan parlimen membenarkannya,” katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyertai perbincangan itu adalah MP Puchong Gobind Singh Deo, Menteri Besar Perak yang disingkirkan yang juga MP Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Sungkai Sivanesan, MP Kapar S Manickavasagam, MP Sungai Siput Xavier Jeyakumar, MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Rasah Anthony Loke.

Seorang daripada tetamu berkenaan adalah Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia yang mendakwa kekurangan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera.

Bagaimanapun mengikut versi ahli aprlimen Tangga Batu (Umno) Idris Harun, ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya.

Semalam, speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyerahkan kepada Bung Mokhtar untuk menentukan cara bagi menangani kekecohan di lounge Parlimen itu.

Pandikar berkata berdasarkan laporan yang diterimanya daripada pegawai parlimen, beliau percaya terdapat kes prima facie terhadap Kulasegaren.

No comments

Powered by Blogger.