Perhimpinan GAS Kecoh! Samy Hantar Samseng Untuk Ganggu?

Penyokong Samy Vellu serbu perhimpunan GAS di Klang
Oleh Clara Chooi


KLANG, 4 Julai — Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumulan 30 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.

Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.

Ini program GAS yang kedua selepas yang pertama awal bulan lepas diadakan di Mines Resort City Seri Kembangan bagi mengecam kepimpinan Samy Vellu.

Pagi ini Samy Vellu merasmikan perhimpunan tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di ibu negara. Perhimpunan itu berlangsung sehingga petang ini.

Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan ‘perang mulut’, sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.

Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai “Taman Maznah” Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.

Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.

“Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini,” jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.

Pergelutann dan pertikaman lidah turut terceuts di dalam Dewan Dato Hamzah.

Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong GAS yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dipecat V. Mugilan, K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu.

Pada satu ketika, Samy bersama Kumar Aamaan memegang buku berjudul The Life of Mahatma Ghandi dengan melaungkan “Ahimsa” membawa maksud pendekatan kepimpinan yang aman bagi menghalang kumpulan itu daripada terus mencetuskan kekecohan.

Suasana menjadi semakin tegang apabila dewan mula dibanjiri dengan lebih ramai penyokong GAS, ketika itu dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Kira-kira pukul 2.15 petang sekumpulan anggota polis memasuki dewan selepas dimaklumkan ada percubaan untuk mengganggu perjalanan program GAS.

“Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah pertemuan aman tetapi ini adalah pendekatan Samy Vellu... dia menghantar kumpulan samseng dia (ke sini),” kata Samy, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC.

Mugilan merupakan bekas timbalan ketua Pemuda MIC.

Polis bercakap dengan kumpulan penyokong Samy Vellu beberapa minit sebelum memaklumkan penganjur GAS bahawa mereka boleh meneruskan program mereka.

Bagaimanapun kumpulan itu dibolehkan berada di dewan sementara mereka enggan keluar dari premis itu.

No comments

Powered by Blogger.