PKR dan UMNO

Kiriman Mohd Syah Omar

Banyak cendekiawan mula membicarakan mengenai pergolakan dan perubahan dalam kepimpinan politik dan pentadbiran PKR. Profesor Ramlah Adam dan Dr Zainal Keling adalah antara yang menulis mengenai analisa politik di Selangor. Masing-masing menunjukkan sudut pengecilan kedudukan Khalid Ibrahim dan Zainal Keling pula membicarakan mengenai rakyat Selangor semakin nampak kemurungan di bawah kerajaan PKR. Namun analisa-analisa yang mengatakan rakyat Selangor semakin nampak kemunduran di bawah kepimpinan PKR bagi saya adalah satu analisa yang gagal melihat secara keseluruhan keadaan di Selangor.

Penulis dalam melihat apa yang berlaku di Selangor berpendapat bahawa PKR ada daya politik kuat untuk membuat perubahan yang dijangka akan memantapkan kedudukan mereka di Selangor. Memang benar cendekiawan-cendekiawan yang memberi ulasan terbatas dari segi memberi analisa yang benar tetapi melihat perubahan dalam PKR bagi saya adalah satu fenomena yang berlain – mahu memperkukuhkan perjuangan ekonomi – dalam mendapat sokongan rakyat dan mahu memperkasakan kedudukan politik – juga untuk mendapat sokongan rakyat. Tidak semestinya seorang tokoh korporat arif dalam politik dan tidak pula ahli politik menjadi pakar dalam ekonomi. Maka untuk memastikan Selangor masih terus di perintah oleh PR maka strategi dilakukan untuk kedua-dua sektor baik ekonomi dan politik di kuasai oleh mereka demi untuk mendapat sokongan rakyat Selangor.

Apa pun analisa cendekiawan-cendekiawan tersebut, bagi saya kekuatan PKR di Selangor adalah kerana kelemahan UMNO di situ. Masih lagi kita tercari-cari bagaimana mahu memulakan langkah silat menawan Selangor. Sebenarnya kekuatan PKR datang dari kelemahan kita dan sekiranya berbuih analisa yang diberi oleh cendekiawan – tetapi mereka masih tidak tahu corak dan cara orang UMNO serta arus pemikiran masa kini maka analisa itu pasti dangkal. Apa pun bagi saya bukan senang untuk kita mendapatkan kembali undi untuk UMNO. Adakah Selangor akan terus kekal di bawah pentadbiran PR?

http://www.umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=772&Itemid=58

1 comment

Anonymous said...

Ramai mp bebas mengatakan PKR akan ranap tetapi mereka tak sedar dalam diam PKR semakin kukuh itu yang pasti sebab teman berada didalam itu, PKR memang sebuah parti yang baru tetapi dalam masa yang sama ahli parti memantapkan parti contoh tahun 99, 04 kalah teruk dan 08 menyerlah kembali mungkin itu mereka tak baca habis pada teman pru akan datang pr akan dapat tawan putrajaya pula insaalah.

Powered by Blogger.