Sekarang Pelakon Rela Berbogel, Tak Mustahil Nanti Ada Filem Lucah Melayu Pertama

Menteri Tegur Arja Lee Berbogel





PETALING JAYA: Perbuatan pelakon baru Arja Lee yang mengaku berbogel dalam filem ...Dalam Botol adalah satu kesalahan bukan sahaja melibatkan agama sebaliknya undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.

"Di sudut undang-undang juga salah untuk tidak berpakaian," katanya kepada Bernama, Isnin.

Akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan dalam Sunday Star, Ahad lalu melaporkan, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli yang memegang watak transeksual bernama Ruby dalam filem itu sanggup berbogel untuk memastikan lakonannya lebih realistik.

Kata Arja, keputusan berbogel itu dibuat selepas dia tidak berpuas apabila wataknya yang sedang mandi itu tidak kelihatan sempurna ketika dia memakai seluar dalam.

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya"," katanya dalam akhbar itu.

Sementara itu penerbit filem berkenaan Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem itu adalah untuk berdakwah kerana ...Dalam Botol memberi mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan dalam bentuk filem.

melayu?
islam?
rela berbogel?
lebih berkesan kalau berbogel?
filem dakwah?
haram tetap haram dalam islam
penerbit islam?
macam mana filem ni boleh terlepas?
bodohnya pemikiran manusia sekarang.
ceteknya ilmu agama manusia sekarang.
malayu..islam.. bodohnya!

No comments

Powered by Blogger.