Sultan Kelantan pulang selepas rawatan di Singapura

KOTA BAHARU, 21 Julai — Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra pulang hari ini setelah enam hari berada di Singapura untuk menjalani prosedur angiogram dan angioplasty di Hospital Mount Elizabeth.

Ketibaan baginda dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini pada 1.20 tengah hari tadi, disambut oleh pembesar-pembesar istana.

Baginda selamat menjalani prosedur itu pada Sabtu lalu.

Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lepas. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.