Syok Melihat Pemimpin Umno Tuduh Anwar Agen CIA

Noh Omar: Anwar tak layak penasihat ekonomi Selangor jika benar diperalat CIA


KUALA SELANGOR, 12 Julai — Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri itu sekiranya benar dakwaan seorang penulis blog di New York bahawa beliau adalah ‘alat’ kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata sekiranya dakwaan penulis blog itu benar, Anwar tidak layak campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri itu.

“Kita nak cabar Anwar sama ada beliau berani menafikan atau saman blogger itu.

“Sebagai rakyat Selangor, kita akan hantar memorandum secepat mungkin kepada kerajaan negeri kerana jika benar dakwaan Anwar ialah agen CIA kita tidak rela dan tidak mahu dia diberi tempat sebagai penasihat ekonomi Selangor,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Hari Belia Selangor dan pelancaran Kempen 1Belia 1Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini malam tadi.

Noh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis, bahawa Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan keengganan kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan berhubung pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor.

“Sepatutnya projek itu bermula pada Mei lepas tetapi hingga hari ini kerajaan Selangor tidak beri jawapan kepada kerajaan persekutuan sama ada akan bersama-sama jayakan projek ini. Nampaknya kerajaan Selangor lebih pentingkan politik kerana projek ini ialah projek kerajaan persekutuan dan kerana itu dia sengaja tidak mahu beri kerjasama demi kepentingan rakyat di Lembah Klang,” katanya.

Noh meminta rakyat Selangor membuka mata dan bersatu menegakkan kebenaran dengan menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak membuat kerja politik berbanding pembangunan di Selangor.

“Kalau kerajaan negeri tidak beri kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk projek air, ini bermakna rakyat Selangor kena bersedia menghadapi masalah kekurangan air pada 2013,” katanya. — Bernama


umno dah mula percaya fitnah. umno dah terdesak

No comments

Powered by Blogger.