Umno Pandan bergelora lagi

Umno Pandan bergelora kembali apabila bekas Ketua Bahagian dan ADUN Chempaka Dato' Mad Aris Mad Yusuf dikatakan akan melakukan 'comeback'.

Pada laman web Puteri Umno Bahgian Pandan, terdapat satu "poll" atau undian sama ada Dato' Mad Aris perlu dipanggil untuk memulihkan Umno di Pandan. Mereka yang melawat laman web itu boleh mengundi ya atau tidak.

Selain dari itu, Dato Mad Aris juga kelihatan di program Puteri dan turut turun ke akar umbi Umno. Puteri memang diketahui sebagai penyokong kuat beliau.

Perkembangan ini akan menyebabkan pertembungan di antara 2 kem Umno di Pandan. Pertama kumpulan Dato' Mad Aris dan kedua kumpulan Ketua Bahagian, Abdul Gani Ismail.

Abdul Gani telah mengalahkan Dato' Mad Aris dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian dalam tahun 2008.

Pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan sebanyak RM500,000 juga akan memanaskan lagi keadaan. Terdapat khabar angin bahawa peruntukan sebelum ini tidak turun ke Pandan.

http://iskandar56100.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.