UMNO tak 'eksyen' lagi - Muhyiddin

Muhyiddin berkata UMNO tidak ‘eksyen’ (berlagak) lagi sekarang ini. Dengan kata-kata Timbalan Presiden itu beliau mengakui salah satu sebabnya UMNO gagal didalam pilihanraya dulu ialah kerana UMNO itu ‘eksyen’ atau berlagak. Tetapi sekarang dah tak 'eksyen' lagi…dah baik dah, kata beliau.

UMNO memang sepatutnya tidak boleh ‘eksyen’ kerana tidak ada apa yang nak di’eksyen’kan lagi. Kerusi dikedua-dua Dewan Legilatif dinegeri-negeri dan Parlimen pun sudah banyak yang kalah. Apa yang nak di’eksyen’kan?

Dalam pilihanraya yang akan datang pun nampaknya lebih merbahaya lagi jika dibandingkan dengan PRU12 yang lalu. Justru itu memang lah UMNO tidak mampu nak ‘eksyen’ seperti dulu.

Semasa berucap dalam majlis Juara Rakyat diGombak semalam Muhyiddin mengakui yang kita terlalu ‘eksyen’ dulu tetapi sekarang tidak lagi begitu. UMNO dah tidak ‘eksyen’ lagi dah. Cakap beliau itu bunyinya seperti cakap P Ramlee dalam salah sebuah filemnya, bila beliau berkata beliau dah baik….sembahyang!!

Setakat itu Muhyiddin merupakan pemimpin yang berani mengakui kesilapan sendiri dan ini adalah sifat terpuji. Cara beliau bercakap itu pun sudah tidak ‘eksyen’ lagi.

Tetapi selepas ayat itu Muhyiddin kembali kepada kesilapan biasa kerana menuduh rakyat menolak UMNO kerana percaya kepada tipu helah pembangkang kononnya, bukannya kerana rakyat benci dengan UMNO yang ‘eksyen’ tadi. Beliau mula bercakap ‘eksyen’ semula.

Pada hal pada hakikatnya rakyat menolak UMNO itu kerana parti itu ‘eksyen’ sangat seperti mana yang diakuinya semenit dua sebelum itu.

Itulah sebabnya saya menulis dalam posting saya semalam bahawa kita kena bersihkan pekung kita dahulu sebelum kita nak bersihkan kudis-kudis orang lain.

Selalu saya sebutkan agar kita melakukan introspeksi diri dan parti kita kenapa tidak berjaya yang meyakinkan dalam pilihanraya umum dan pilihanray-pilihanraya kecil yang lalu?

Kalau kita introspeksi dan tahu apa-apa kelemahan kita maka kita tidak payahlah menuduh pembangkang dan menunjukkan kelemahan kita kepada orang ramai. Sendiri punya salah jangan lemparkan kesalahan kita kepada orang lain pula.

Ada diantara pembaca blog saya meminta saya menyalahkan parti pembangkang kerana pekung pembangkang pun ada, katanya.

Kenapa saya nak suruh parti pembangkang itu menjadi bersih, sedangkan saya bukan ahli parti-parti itu? Saya meminta parti saya menjadi bersih untuk membezakan diantara parti kita dengan parti mereka. Kalau saya yang meminta parti pembangkang itu bersih bermakna saya adalah ahli parti-parti tersebut.

Lagi pula betul ke parti pembangkang itu lebih kotor dari UMNO? Kalau mereka lebih kotor dari UMNO kenapa yang kita dan pemimpin kita bersikap seperti orang yang ‘meghoyan’ ini?

Selalunya sesiapa yang gagal untuk menjadi bersih mereka akan membandingkan serta menuduh parti pembangkang pun kotor. Kalau dah sama-sama kotor kenapa sibuk mengata DAP dan PAS itu parti tidak baok kepada rakyat?

Pemimpin parti PAS atau DAP belum lagi ada rekod menggunakan duit PETRONAS untuk ‘bail out’ seorang anak PM dari UMNO.

PAS belum lagi membuktikan yang mempunyai seorang orang kuatnya pernah merugikan Bank Negara Malaysia melebihi 30 billion ringgit semasa perniagaan membeli dan menjual mata-wang asing.

Orang yang bertanggungjawab itu kemudian dilantik oleh Dr Mahathir menjadi Penasihat ekonomi negara. Apa nasihat ekonomi yang diberkannya pun kita tidak tahu dan sekarang masih menjadi Menteri kita.

Batu-baru ini Setiausaha Politiknya ditangkap dengan jumlah wang jutaan ringgit dikediamannya dan sehingga hari ini belum kedengaran beliau dibawa kemuka pengadilan.

PAS atau DAP belum lagi kedengaran merugikan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit dalam kes MAMINCO dahulu kerana Dr Mahathir memandai-mandai nak melakukan manipulasi diLME (London Metal Exchange).

Belum lagi kita dengar bekas pemimpin PAS atau DAP yang terbang kesana dan kemari dengan Jet Eksekutif Global Express keseluruh dunia setelah bersara tetapi itu berlaku dikalangan bekas pemimpin kita.

Belum lagi kita dengar pemimpin PAS atau DAP mempunyai isteri yang boros membelanjakan wang negara seperti membelanjakan wang datuk nenek dia sendiri.

Belum juga saya melihat isteri pemimpin PAS berucap dalam mana-mana ‘function’ dan disiarkan melalui semua stesyen TV kita, dan berlagak lebih dari PM sendiri.

Belum kita dengar lagi isteri-isteri pemimpin PAS dan DAP berbelanja jutaan ringgit untuk ‘shopping’ dikotaraya-kotaraya terkenal didunia ini dengan menggunakan wang yang bukan wang sendiri. Dalam sejarah dunia hanya isteri Presiden Marcos, yang bernama Imelda yang mempunyai imej itu.

Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP itu beristeri juga seperti pemimpin kita, tetapi belum kita dengan isteri-isteri pemimpin parti-parti itu menyibuk seperti isteri-isteri pemimpin kita. Isteri-isteri pemimpin PAS hanya melakukan apa yang seorang isteri wajib lakukan.

Justru itu, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu ada benarnya yang UMNO dulu ‘eksyen’ dan saya nak bertanya kepada Muhyiddin supaya memberitahu apa yang di’eksyen’kan oleh pemimpin UMNO itu? Bagaimana pula cara nak hilangkan sifat ‘eksyen’ itu?

Itu yang secebis yang kita sempat sebut, bagaiman yang lain-lainnya? Oleh itu kenapa kita sibuk hendak tercari-cari kesalahan pembangkan sahaja. Kenapa gajah didepan mata kita tidak nampak? Kenapa kita hanya nampak kuman diseberang laut?

Kepada Muhyiddin, saya ingin memberitahu yang rakyat nak bertanya; macam mana nak tutup ini semua, kerana bangkai gajah tidak tertutup oleh nyiru yang kecil.

Mungkin cara yang terbaik untuk penyelesaiannya ialah dengan mengambil contoh negara Perancis yang bertindak membuang semua pemain bola sepaknya kerana gagal untuk bermain dengan baik diPiala Dunia diAfrika Selatan baru-baru ini.

Lagi pun Najib pernah berucap 2 kali untuk kita mencontohi seperti pemainan bole sepak kalau kita ingat. Kalau begitu kenapa tidak kita ikut sahaja cara Perancis membuang semua pemain negaranya semalam?

Perancis telah membuang kesemua pemain bola sepak negaranya termasuk Terry Henry sendiri. Bagaimana kalau kita ikut sahaja contoh tindakkan negara Perancis itu?

Saya mencadangkan untuk bertanya kepada Najib dengan soalan ini kerana beliau meminta kita semua bertindak seperti pemain bola sepak Piala Dunia itu.

Muhyiddin mungkin boleh beritahu semua rakyat apa tindakkan yang diambil oleh UMNO yang dikatakan sudah tidak ‘eksyen’ lagi itu? Rakyat hendak juga tahu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

1 comment

azman kamarul said...

Salam perjuangan.

UMNO di bawah pimpinan mereka telah mentadbir negara ini selama lebih 50 tahun...semua orang tau..orang asal hinggalah ke seuruh negara di dunia!.

Adakah pemimpin umno ni malaikat yang tiada nafsu?. Atau mereka maksum?.Sehinggakan pemimpin umno celaka ni boleh menghentam, membuat tohmahan serta fitnah busuk kepada pemimpin negeri PR sedemikian rupa? Adakah PR telah lebih 50 tahun memerintah?.

Wahai pemimpin umno sekeliannya!..kamu jangan cuba membutakan mata kami, kami tidak bodoh seperti mana kamu buat kepada kami selama ini...PRU 13 ini kamu akan ingat sampai mati apa akan kami ajar kepada kamu semua wahai pemimpin umno!

Powered by Blogger.