Usaha Selangor Banteras Kecurian Pasir : Y.B. Dato’ Ramli Bin Mahmud Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/07/Jadual-1.jpg



Kenyataan Media

15 Julai 2010

Usaha Selangor Banteras Kecurian Pasir

1.1. Kecurian pasir berlaku di atas tanah kerajaan dan tanah persendirian. Aktiviti penguatkuasaan yang dilakukan adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti lokasi yang kerap terdapat kejadian kecurian pasir;

b. Mengadakan rondaan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti secara berleluasa setiap hari.

c. Mengadakan kawalan statik 24 jam di lokasi-lokasi strategic secara berkala seperti di jalan keluar masuk lori-lori pencuri pasir.

1.2 Tindakan penguatkuasaan di atas tanah kerajaan:

a. Merampas barangan dan peralatan perlombongan pasir seperti di Jadual 1.

1.3 Tindakan penguatkuasaan di atas tanah persendirian:

1.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk mengawal serta menjaga tanah-tanah mereka daripada kecurian pasir. Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa merampas barangan dan peralatan melombong pasir. Walau bagaimanapun, tindakan berikut diambil ke atas tanah persendirian:

a) Mengeluarkan Notis 7A bagi pemilik tanah memulihkan tanah mengikut syarat yang dikenakan;

b) Sekiranya gagal dipulihkan, Notis 7B dikeluarkan untuk mendapat penjelasan kegagalan pemilik tanah mengambil tindakan pemulihan; dan

c) Jika penjelasan yang diberikan tidak dapat diterima, Notis 8A akan dikeluarkan dan tanah mereka akan dirampas.

1.4 Pecahan tindakan diambil mengikut daerah adalah seperti berikut dimana 11 lot telah dirampas dan 85 lot lagi akan dirampas sekiranya tuan tanah gagal mengambil tindakan memulihkan tanah.

1.5 Dalam masa yang sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta untuk mengeuarkan Notis Memberhenti Kerja kepada tuan tanahyang membuat kerja-kerja tanah termasuk perlombongan pasir. Sebarang aktiviti kerja-kerja tanah mesti mendapat kelulusan PBT. Mereka yang gagal boleh didenda sebanyak RM250,000.00.

1.6 Kerajaan Negeri juga telah meluluskan ganjaran sebanyak di antara RM100.00 – RM5,000.00 bagi ganjaran terhadap barang yang dirampas.

1.7 Bagi mengatasi masalah kekurangan anggota penguatkuasaan, RELA telah membantu Pejabat Tanah Daerah meronda dan membuat kawalan bagi membanteras aktiviti kecurian pasir. Anggota-anggota RELA dibayar elaun oleh Kerajaan Negeri mengikut kelayakan mereka.

Y.B. Dato’ Ramli bin Mahmud
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

No comments

Powered by Blogger.