Usul Rosmah,Deepak Sara Bala Di London Ditolak Lagi

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 12 Julai - Usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu mengenai dakwaan bekas
penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai kehidupannya di London disara oleh usahawan
permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditolak
Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Ini merupakan kali kedua selepas usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa
ditolak Tan Sri Pandikar Amin Mulia minggu lepas.

Teck Hwa berkata Pandikar Amin menolak usul beliau dalam kamar atas alasan usul tersebut melanggar Peraturan Mesyuarat 18(7)(c).

"Pagi tadi sebelum Dewan mula bersidang, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
memberitahu saya bahawa usul itu tidak boleh dibahaskan kerana ianya masih lagi dibicarakan di
mahkamah.

"Saya hairan kerana ini melibatkan imej negara dan saya ingin nama baik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dibersihkan jika perkara tersebut tidak betul," ujar beliau.

Sehubungan itu, Teck Hwa berkata beliau bercadang berjumpa dengan Speaker untuk meminta penjelasan mengapa usul itu ditolak dan akan berusaha mengusulkannya sekali lagi jika dibenarkan.

Minggu lalu, Pandikar Amin menolak usul yang di bawa ahli parlimen DAP itu mengikut Peraturan
Mesyuarat Dewan 18(5) yang menyatakan hanya satu usul sahaja boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu, Teck Hwa berkata Balas sebagai saksi dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya
Shaariibuu lari ke London atas sebab yang tidak diketahui dan beliau dicari Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoalsiasat.

“Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel ‘Lets Send The Altantuya Murders To Hell’ turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menceritakan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu
sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal
yang melibatkan Perdana Menteri,” hujah usul tersebut.

Tambah beliau, kes pembunuhan Altantuya merupakan isu yang hangat dibincangkan dan kini
menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga mampu menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia
telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan
dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media Hong Kong telah merancang untuk menerbitkan satu cerita bersiri mengenai kes pembunuhan Altantunya di seluruh saluran TV dunia yang akan turut memalukan kita,” katanya.

Teck Hwa juga berkata nama isteri Perdana Menteri didakwa sebagai ‘dalang dalam kes pelarian
Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya yang disiarkan dalamMalaysia Today telah
dipetik oleh laman web seluruh dunia, sekaligus memberi impak negatif kepada imej negara.

“Saya minta Dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang
bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” kata beliau.

No comments

Powered by Blogger.