Aliran trafik lebuh raya dijangka sesak lewat petang
KUALA LUMPUR, 9 Sept — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kini semakin meningkat dan keadaan dijangka bertambah sesak menjelang lewat petang ini apabila semakin ramai warga kota memulakan perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri esok.
Jurucakap trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dijangka bermula lewat petang memandangkan hari ini masih ramai warga kota yang bekerja dan masing-masing akan memulakan perjalanan selepas waktu pejabat.
“Aliran menuju ke Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur masih lagi terkawal sekalipun jumlah kenderaan meningkat. Setakat ini tiada nahas jalan raya dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu laman web LLM melaporkan aliran trafik menghala ke selatan semakin sibuk terutama di antara Nilai dan Seremban.
Bagaimanapun laluan trafik ke utara masih lancar sehingga tengah hari ini, kata laman web itu. — Bernama

No comments
Post a Comment