Bulan takkan terbelah bagi kali kedua...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvIQEXnjAEUTelSDm8vj6u1uaTAfi7sLH-6TVwUuOejc3IUF4O-Ma0YWj4NbTawBQLCgcVtX6iwRPzMqHncCyn923BR_ZYix3K7MF4TeWFIcvKh_T46Gd1lxL0nhKNFGV3FX2U2d2IFgFS/s320/IMG00046-20100908-1237.jpg

1. Antara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraish sebagai bukti kenabiannya ialah terbelahnya bulan.

2. Mukjizat itu hanyalah sekali sahaja..

3. Dalam politik kepartian di Malaysia parti Islam yang berlambangkan bulan purnama penuh pernah "retak" dan terbelah dua dalam tahun 1980-an.

4. Peristiwa itu dirakamkan oleh seorang penulis Halim Mahmood. Dengan kulit buku melambangkan bulan yang retak dan gambar Asri dan Hj Hadi.

5. Matan presiden Pas ketika itu menghadapi tentangan dari dalam Pas oleh "young turk" yang diketuai oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

6. Akhirnya presiden Pas yang berjaya membawa kepada 'unity goverment' dengan BN selepas sengketa kaum 1969 tersingkir selepas revolusi dalaman Pas.

7. Ramai generasi muda Pas pasca-kepimpinan ulamak tentu sudah lupa peristiwa ini.

8. Tetapi jika dibuka buku 'Asri Dalam Dilema' kita akan dihidangkan dengan detik-detik kejatuhan 'parti Asri sekeluarga'.

9. Bulan retak akibat 'unity goverment' dengan BN yang diarkitekkan oleh Asri dan Tun Razak.

10. Ada yang beranggapan roda kitaran Pas berputar dengan dulunya Hj Hadi menentang polisi Asri berbaik dengan Umno. Sekarang beliau cuba melakar polisi berbaik dengan Umno dan menjadi mesra polisi Asri seperti zaman kritikal dahulu.

11. Walaupun saya dalam beberapa posting mengambarkan mesra 'unity goverment' saya tidak lupa peristiwa ini.

12. Peristiwa inilah yang menyebabkan beberapa pemimpin Pas phobia dengan idea 'unity goverment' kerana "bulan takkan terbelah untuk kali keduanya".

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.