Cuti 16 September. Ramai Pengkritik Jilat Ludah Dan Kahak Sendiri!

ARKIB : 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.

”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.


.......................................................................................................................................................................

ARKIB : 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)


Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia.

Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.

Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”

Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rak- yat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.

Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.

Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.


kalau dah dasar pengampu puak umno ni, ludah jilat..ludah jilat..jilat ludah rosmah..jilat ludah najib

1 comment

dlines said...

kalau benci sangat dengan nuar tu kenapa..tapi yang pelik dah lebih 50 tahun merdeka..kenapa pulak 16 sept ..nak sambut hari malaysia..pelik le..tak lama lagi satu cuti baru utk 1 Malaysia ...cuti kejatuhan UMNO/BN pulak.(hari yang perlu diingati untuk rakyat Malaysia)

Powered by Blogger.