DAP: PERKASA sekadar serampang dua mata UMNO
Setiausaha DAP Negeri Perak, merangkap ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming menuduh bahawa UMNO yang menyebabkan bertambahnya pengaruh PERKASA, dan kini UMNO perlu menanggung akibat daripada perbuatan dirinya.
Nga Kor Ming (gambar kanan) berkata, PERKASA kini mempunyai keanggotaan yang hampir 70%-nya terdiri daripada ahli UMNO, sejak penubuhannya. Mahathir Mohamad yang paling lama menyandang jawatan Presiden UMNO pula, penasihat yang paling layak untuk pertubuhan tersebut.
Lebih-lebih lagi, lidah UMNO, Utusan Malaysia menyanyi sama nada, menari sama rentak dengan PERKASA, sejak penubuhannya. Kini, adalah kurang meyakinkan jikalau UMNO ingin menjauhkan diri daripada PERKASA kerana pertubuhan tersebut semakin menuju ke ekstremnya.
Nga Kor Ming melihat keputusan UMNO untuk memisahkan diri daripada PERKASA sebagai satu strategi - sementara memikat undi bukan Melayu yang semakin menolak BN, UMNO mengharapkan kenyataan PERKASA boleh mengekalkan undi Melayu yang konservatif.
Nga Kor Ming seterusnya menyeru kepada masyarakat Cina agar tidak terperangkap dengan strategi "serampang dua mata" UMNO ini, kerana rakyat sudah cukup murah hati untuk memberikan peluang kepada BN sepanjang 53 tahun ini.
ADUN Pantai Remis ini juga menyatakan bahawa lidah UMNO, Utusan Malaysia telah mengambil pendirian yang songsang dengan kenyataan UMNO, malah Mahathir Mohamad berkata ianya bukan pendirian rasmi kerajaan.
Nga Kor Ming mempersoalkan, "Kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru yang menegaskan persaingan saksama, tetapi menekankan pula dalam Rancangan Malaysia ke-10 bahawa kuota 30% ekuiti saham bumiputera akan dikekalkan. Ini menunjukkan BN tidak konsisten dalam pendirian mereka. Ke manakah Malaysia bakal dibawa BN?"
*Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Setiausaha DAP Negeri Perak, merangkap ahli parlimen Taiping. Diterjemah dan disunting daripada edisi bahasa Cina.

No comments
Post a Comment